|
Pelakon Uqasha Senrose kesal dengan fitnah dilemparkan seorang individu di media sosial yang mendakwa Hawra Uqaira bukan anak Kamal Adli. Menerusi hantaran di Insta Story, Uqasha memuat naik komen individu berkenaan serta membalas dengan mengatakan jika benar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia tidak akan sanggup bertahan dengan perkahwinannya. “Kalau nak jantan lain tak adalah sanggup bertahan? Dan ada nampak saya ada orang lain?”tulisnya. Sementara itu, pada malam 1 Rejab, Uqasha turut berdoa selepas difitnah sedemikian serta meluahkan dirinya rasa kecewa. “Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitnah sebegini teruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini teruk.. Ya Allah kecewanya,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.119488 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.