|
Kerisauan memuncak, pelakon Datin Intan Najuwa memohon pertolongan orang ramai bagi membantu mencari kucing kesayangannya yang hilang sejak dua hari lalu.
Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkata, dia akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat sehingga menemukan kembali haiwan peliharaannya itu. “Kalian tolong. Saya sudah dua malam menangis macam orang gila. Dia tak balik rumah dua hari. “Sesiapa yang ternampak kucing saya di luar, tolong saya. Nanti saya bagi ganjaran. Maklumkan kepada saya. Kawasan Taman U-Thant. “Tak pasti dia dah sesat arah mana. Yang nampak budak Ocot ini, boleh DM (mesej langsung) saya. Saya amat menghargainya,” katanya dalam hantaran di Threads. Pada muat naik tersebut, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi beberapa gambar kucingnya yang berbulu hitam putih. Menerusi ruangan komen, ramai pengikut mendoakan Intan dapat menemui haiwan peliharaannya itu dengan selamat. Malah ada dalam kalangan mereka memberikan beberapa petua agar Ocot dapat kembali ke pangkuan keluarga segera. “Saya pernah jadi macam ini. Saya cari kucing jalanan, tunjuk gambar kucing saya dan minta tolong dengan bagi upah makan. Lepas itu saya ikut dia jalan hala longkang. Itu dia kucing saya,” kata seorang netizen. Selain si comel dinamakan Ocot, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu difahamkan turut memelihara beberapa ekor kucing lain. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|

missbigrockstar replied at 22-12-2025 03:16 PM
Hanya cat parents saja faham bila terjadi mcm ni. Semoga Ocot jumpa jalan pulang

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.038186 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.