CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Memang ada gangguan halus tapi tutup kedai bukan sebab sihir’ - Shiha Zikir

22-12-2025 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 408| Komen: 5

  



Penyanyi Shiha Zikir tidak menafikan kewujudan gangguan mistik dalam dunia perniagaan, namun menegaskan perkara tersebut bukan punca utama penutupan cawangan restoran nasi ayam miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.

Ujar Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 38, sebagai peniaga, pelbagai cabaran perlu ditempuhi termasuk perkara di luar jangkaan, namun keputusan menutup operasi dibuat atas faktor pengurusan serta kewangan.

“Saya rasa sesiapa pun yang berniaga pernah lalui perkara macam ini. Kalau bukan semua, kebanyakannya pasti pernah berdepan situasi pelik.

“Tapi saya nak tegaskan, saya tak pernah kata kedai saya tutup sebab sihir. Penutupan dibuat kerana kelemahan diri sendiri dalam menguruskan perniagaan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Irama itu, pengalaman berdepan gangguan sebegitu membuka matanya terhadap realiti sebenar dunia perniagaan, malah ada kejadian aneh berlaku tanpa penjelasan logik.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut sebagai ujian dan adat berniaga, selain percaya setiap rezeki datang daripada Tuhan.

“Ada orang nampak kedai saya tutup sedangkan operasi berjalan seperti biasa.

“Malah ada pelanggan sudah sampai depan kedai, tapi nampak premis seolah-olah tak beroperasi. Penghantar tong gas pun pernah cakap kedai tutup, padahal setiap hari kami buka.

“Kalau terkena perkara macam ini, saya anggap sebagai cabaran. Rezeki semua di tangan Allah dan saya percaya setiap ujian ada hikmah,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu turut mendedahkan pernah menemui barangan mencurigakan di sekitar premis, namun memilih untuk tidak menjadikan isu tersebut sebagai bahan sensasi.

“Kami pernah jumpa benda pelik di dalam dan luar kedai, termasuk dalam pasu bunga. Tapi saya bukan jenis suka kongsi hal begini.

“Saya anggap ini ruang untuk belajar dan baiki kelemahan dalam mengurus perniagaan makanan,” jelasnya.

Paling penting katanya, penutupan cawangan tersebut dibuat bagi mengelakkan kerugian lebih besar kerana pulangan di lokasi berkenaan tidak mencapai sasaran.

Malah, dia turut meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan padu daripada peminat serta pelanggan selepas pengumuman penutupan dibuat dalam media sosial.

“Daripada menanggung kos kerugian setiap bulan, lebih baik tutup dahulu.

“Saya sedang mencari lokasi baharu yang lebih strategik dan sesuai.

“Bila saya umumkan penutupan, banyak mesej dan komen positif diterima. Ada beritahu mereka kerap membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran. Dari situ saya sedar, sebenarnya ramai menyokong,” tuturnya.

Untuk rekod, Shiha Zikir Nasi Ayam cawangan Seksyen 7, Shah Alam menamatkan operasi berkuat kuasa 15 Disember lalu.

Shiha memulakan perniagaan nasi ayam di Kampung Baru pada Mac 2023 sebelum membuka cawangan kedua di Shah Alam pada Mac tahun berikutnya. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kalchi 22-12-2025 04:10 PM
Edited by kalchi at 22-12-2025 04:14 PM

"Malah ada pelanggan sudah sampai depan kedai, tapi nampak premis seolah-olah tak beroperasi. Penghantar tong gas pun pernah cakap kedai tutup, padahal setiap hari kami buka."

Takda maknanye, i salu lalu dan nampak je kedai beroperasi. Tapi takde rasa nak makan. Skrg ni meniaga makanan perlu ada marketing yg kuat. Contoh selalu buat content menarik, aktif di platform ig dan tiktok. Lelagi pulak benda dia jual ni benda dah common ada di mana mana. Lokasi dia tu takda masalah pun, terlalu ramai ade la.

Ataupun org ade tanggapan kedai dia jual nasi ayam mahal kot. Sebab rasanya kt luar kdai dia takda dsplay mcm menu, ken masuk dlm baru tanya
Quote prince_marhaen 23-12-2025 09:59 AM
She memang rezeki ada-ada cukup sahaja, baik menyanyi, berlakon, bisnes.
Lepas tu she nak buat semua benda sekaligus, tapi takde team marketing/management yang okey.
Suara okey, berlakon komedi okey walaupun cringe sikit, muka boleh lah pergi sikit kalau mekap, tapi tu lah, management dia tak push macam team Ayda Mat Aris, Bella Chipmunk Razali, yang senang dapat endorsement walaupun aneh2 bakat diorang.

Kedai dia tu selalu je lalu, tapi nampak tak menarik, siang malam suram (lokasi tak best), tak welcoming, signange tak menarik, drpd luar tak tahu menu apa... marketing fail. Dia pun takde post promo sangat.
Quote IzzahF 23-12-2025 10:13 AM
zaman ni niaga nasik lemak pun kena bertiktok 24 jam. kalo tak mmg mendap la bisnes. tgk PMW dengan Lubokrasa...ada je content. lagi2 kalo buh rega retis mmg kena bercontent

tp kalo mcm nasik kerabu area rumah ai tu tayah pun dia content2, rega pun marhaenm dan sedap. lgpun mmg family area pastu ramai SSKJP, mmg pkl 7 bukak kedai, pkl 11am tutup dah walopun masak berkawah..sapa lambat nasib la ko. weekend berasap ketiak beratur. aiols slalu pg pagi2 org tgh syiok tido tu
Quote lazim 23-12-2025 01:39 PM
Xjumpa lagi retis2 muda meniaga makan yg berjaya. Semua hangat2 tahi ayam. Biz kedai mkn ni 3 thn bru betul2 hidup.
Quote dudaberhias 23-12-2025 01:51 PM
Bagus heshe mengaku akibat kelemahan sendiri.
Management tak cekap la tu senang cerita.

Lagipun who is shiha zikir gittuh. Memang la orang tak makan kalau kau promot nama kau sebagai nasi ayam.

Restoran2 yang letak nama retis ni semua iols try tak sedap or so so je.
Ye la kerja theyols jadi retis bukannya memasak di restoran.

Nasi ayam penyet indon jual tepi jalan jugak yang meletop2 sales.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.040461 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top