|
Pelakon Kamal Adli memohon orang ramai agar berhenti berkongsi tentang kisah silamnya dan isterinya, Uqasha Senrose dalam dalam media sosial.
Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata, permintaan tersebut disuarakan kerana bimbang artikel tersebut termasuk yang negatif dibaca anak mereka, Hawra Uqaira yang baru berusia setahun satu hari. “Nak minta tolong, boleh tak minta ihsan kalian atau sesiapa untuk berhenti muat naik tentang masa silam saya dan Uqasha yang tidak baik. “Sebab tak elok untuk Hawra, kasihan kami. “Maaf sangat, semoga Allah SWT merahmati kalian semua,” katanya. Terdahulu, sejak kemelut rumah tangga mereka meraih publisiti meluas, segeliintir netizen bertindak ‘mengorek’ semula kisah lama termasuk laporan berita tentang hubungan cinta yang pernah dijalin Uqasha dengan beberapa pelakon lelaki lain. Lebih parah, mereka juga berkongsi semula tangkap layar laporan ketika Uqasha ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah sekitar tahun 2018. Terdahulu, keputusan JKP antara kedua-dua keluarga tidak mencapai kata sepakat apabila Kamal masih ingin mempertahankan rumah tangga mereka. Susulan itu, Hakim Syariah melantik hakam iaitu perunding tara bagi sebutan seterusnya yang dijadualkan pada 12 Januari 2026. Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
SisLena replied at 22-12-2025 01:15 PM
Actually kan.. Aku rs ade betul laki ni narsisis. Sebab dia tau ramai di pihak dia dan tiba2 je mint ...

brainbiru replied at 22-12-2025 01:20 PM
Cantik muka uqa ni... tp dia mmg putih melepak mcm tu ke.. ada yg kata dia putih tak natural.. apa b ...
red_velvet replied at 22-12-2025 02:50 PM
Tengok balik movie Bencinta, uqa jadi extra dlm filem ni. Tu kulit asal dia.
brainbiru replied at 22-12-2025 03:04 PM
Tq. Dah tgk. Ooo x putih melepak.... tapi tak la berkerak seperti......
dewi_rina replied at 22-12-2025 03:18 PM
Patut lah kena buli, baik nau! Ni bukan baik, tapi bengap.. Pempuan tu dah buat mcm2 dia lagi nak ba ...

brainbiru replied at 22-12-2025 03:04 PM
Tq. Dah tgk. Ooo x putih melepak.... tapi tak la berkerak seperti......

boudinniA replied at 22-12-2025 02:14 PM
Netizen puji kamal pandai dan berstrategi. Sampai buat uqasha bertindak macam ni sekarang.
Nanti heo ...
brainbiru replied at 22-12-2025 01:20 PM
Cantik muka uqa ni... tp dia mmg putih melepak mcm tu ke.. ada yg kata dia putih tak natural.. apa b ...
boudinniA replied at 22-12-2025 02:14 PM
Netizen puji kamal pandai dan berstrategi. Sampai buat uqasha bertindak macam ni sekarang.
Nanti heo ...
dewi_rina replied at 22-12-2025 03:18 PM
Patut lah kena buli, baik nau! Ni bukan baik, tapi bengap.. Pempuan tu dah buat mcm2 dia lagi nak ba ...
Jeles lettew
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.679299 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.