CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Titah Adendum: Najib gagal jalani baki hukuman di rumah, kekal Penjara Kajang

22-12-2025 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 322| Komen: 5

 



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menjalani baki hukuman pemenjaraannya di Penjara Kajang.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching menolak semakan Najib, 72, berhubung Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki pemenjaraan di rumah.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu, dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta selepas didapati bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Sebelum ini, pihak pembelaan Najib menegaskan, sekiranya permohonan semakan kehakiman berhubung perintah adendum dibenar, bekas Perdana Menteri itu akan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah serta-merta.

Terdahulu keputusan kerajaan atau enam pihak lain untuk mengesah dan melaksanakan Titah Adendum terhadap Najib diawalkan hari ini.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.

Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta-merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Pada Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum, dipercepatkan pendengarannya di Mahkamah Tinggi. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 23-12-2025 10:04 AM
Kes 1mdb pon dah dapat agak dah keputusannya

Takpelah.. bangkem dah berdamai dengan alam bagi isu2 duniawi ni
Quote Decaffeinated 23-12-2025 10:05 AM
kesian lah juga tengok bagaimana manusia ini boleh jatuh tergolek, hari ini disanjung esok dilambung.

tapi aku happy bila membayangkan bagaimana muka penyokong2 beliau menyambut tahun baru
Quote stingerkaypoh 23-12-2025 10:11 AM


Quote IzzahF 23-12-2025 10:16 AM
dia kena penjara kat rumah tu ada pegawai penjara jaga ke rumah tu? ke hidup je mcm biasa boleh order grab, tgk muvi...goyang tulur
Quote Decaffeinated 23-12-2025 01:59 PM
IzzahF replied at 23-12-2025 10:16 AM
dia kena penjara kat rumah tu ada pegawai penjara jaga ke rumah tu? ke hidup je mcm biasa boleh orde ...

boleh order rosmah kot.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037207 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top