CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tengah tidur, saya dengar suara orang menangis teresak-esak’ - Zizie Ezette

22-12-2025 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2820| Komen: 41

 



Masih diulit duka, pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 47, mengakui hatinya hancur setiap kali melihat kesedihan anak-anak yang merindui bapa mereka, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Kata Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 47, bukan mahu meraih simpati, sebaliknya sebagai ibu, dia hanya meluahkan perasaan sayu yang terpendam.

“Saya tak berniat minta simpati, sekadar ingin berkongsi kerana saya seorang yang agak privasi, jarang bercakap tentang perasaan dan apa saya lalui.

“Semuanya bermula dengan Aadam. Ketika semua sedang tidur, saya terdengar suara orang menangis teresak-esak.

“Bila saya tanya, dia kata sakit kepala. Tapi saya tahu sebenarnya dia rindu ayahnya,” kongsinya menerusi hantaran Instagram Story.

Ujarnya lagi, keadaan itu bukan hanya dilalui Aadam, malah kembarnya juga iaitu Aaleph, 7.

“Saya pergi dekat Aaleph, peluk rapat. Bila saya tanya kenapa, dia bisik ‘Aaleph rindu daddy’ lepas itu menangis teresak-esak.

“Sama juga Aalisa, ketika dia sedang berlatih lagu Count On Me di sekolah, tiba-tiba air matanya mengalir.

“Guru perasan dia menjadi pendiam, balik rumah dia kata ‘Aalisa sedih sebab teringat daddy’,” katanya.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, rasa rindu menebal terhadap bapa mereka itu turut dikongsikan anaknya yang lain, Jenna dan Aaric.

Luah kakak kepada aktor, Shaheizy Sam itu, walaupun berhati kental, dia mengakui tidak mudah mengendalikan emosi setiap kali melihat wajah sugul permata hatinya.

“Saya tahu saya seorang wanita yang kuat, tetapi mendengar anak-anak menanggung kesedihan dengan suara sekecil itu, hati saya macam hancur.

“Namun, saya tetap peluk mereka dan mencintai mereka sepanjang tempoh mencabar ini serta percaya mereka akan baik-baik sahaja.

“Kami tidak berputus asa. Kami cuma sedang belajar bagaimana mengawal rindu tapi pada masa yang sama terus melangkah kehadapan,” ujarnya.

Sebelum ini Zizie memadam semua gambar di akaun Instagramnya, dipercayai sebagai proses melalui tempoh berkabung.

Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember lalu berikutan kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber: – KOSMO! ONLINE



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote talapia 22-12-2025 01:51 PM
rindu yang tak berpenghujung..
call yang takkan berjawab,.
whatsapp yang takkan blue tick.

Let time heals.
Quote ZORRO5555 22-12-2025 01:53 PM
Buat ZZ..semoga tabah dengan ujian ni
Quote babelina 22-12-2025 02:36 PM
Allah.. moga ZZ & ank2 dpt diberikn ketenangan jiwa atas kehilangan ini.. amin yra..
Quote shernazz 22-12-2025 02:55 PM
Hilang seseorang yang kita sayang mmg sakit..
Mula2 memang asik nangis je..
Anak2.pulak.kecik2.lagi..
Quote tomaz 22-12-2025 03:43 PM
last2 kita pon nangis sekali dgn anak
Quote prince_marhaen 22-12-2025 04:13 PM
meols lost track, anak2 sheols dengan bung tu semua kids tu ke? macam ada kembar 2 pasang ke? macam sebaya je semua...setahun satu ke eh?
Quote sukacactus 22-12-2025 04:21 PM
Sian budak2 tu. Dah la mmg manja dgn arwah
Quote Shayang 22-12-2025 04:40 PM
talapia replied at 22-12-2025 01:51 PM
rindu yang tak berpenghujung..
call yang takkan berjawab,.
whatsapp yang takkan blue tick.

Aku ada tengok video maybe dr igs dia kot
Salah sorang ank dia duk baca kad2 ucapan takziah drpd kawan or cikgu sekolah
Anak dia baca separuh dan benti sambil ckp dia taknak baca sampai abis risau akan menangis nnt.
Pastu zizie gosok2 kepala anak dia tu bagi semangat.
Tak silap aku hujung bulan ni besday zizie tu aku
ingat masa dia sambut tahun lepas dgn arwah dan anak2 ada org komen nganjing nanti tahun depan sambung sorang2 la tanpa keluarga


Quote ZORRO5555 22-12-2025 06:08 PM
prince_marhaen replied at 22-12-2025 04:13 PM
meols lost track, anak2 sheols dengan bung tu semua kids tu ke? macam ada kembar 2 pasang ke? macam  ...

3 anak kandung
2 ank angkat
Quote ZORRO5555 22-12-2025 06:20 PM
Bff
Quote MatDeghem 22-12-2025 07:10 PM
macam mana dia boleh jatuh cinta dgn arwah eh...?

Quote DukunSentet 22-12-2025 07:23 PM
Tgk arwah Bung Mukhtar nie ngan anak kecik auto aku teringat Jamal Abdillah..usia lanjut ngan anak masih kecik2..berderet jer..adakah akan berulang moment2 camnie one day nanti..wife yang sekarang nie pun muda lagi..
Quote Cassieopeia 23-12-2025 08:56 AM
anak2 besar gitu mmg tgh manja dgn mak pak kan, tgk arwah rapat ngn dua2 family siap sambut raya sama2 lg.. bertabahla zz
Quote anarina 23-12-2025 09:17 AM
ZORRO5555 replied at 22-12-2025 06:20 PM
Bff

Yg kanan sekali tu mmg suka mencapub dah la pakai skirt baju tuck in ingat lawa tiber lain dihencap
Quote anarina 23-12-2025 09:18 AM
Tp Zizie lainnya muka dia. Dulu meols salu bertembung dgn dia n fam jogging kat Ukay/Bkt Antarabangsa sanun lawa lg muka sejati

Takziah
Quote prince_marhaen 23-12-2025 09:53 AM

Dahi - botox
Pipi & under eye filler/botox
Lips - filler upper lips
Hidung - filler/benang
kening - lifted surgery
gigi - full veneer crown



Quote Cpkay 23-12-2025 10:24 AM
you are allowed to grive zz.. banyakkan berdoa.
Quote farlis 23-12-2025 10:26 AM
Kesian anak2 dia.. hilang father figure yg hebat.. i bet arwah mmg lelaki hebat pd kedua2 keluarga.. Bkn calan2 suami blh himpunkan semua keluarga especially masa raya. masa arwah sakit kt china pun, ramai2 berkg kt sana.  


Quote ajinomotonosuga 23-12-2025 12:33 PM
time can heal

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.231407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top