|
PETALING JAYA – “Saya nak jelaskan dengan sejelas-jelasnya, menggalakkan atau menghasut orang bercerai adalah kerja gila! Dan itu bukanlah apa yang dilakukan oleh seorang Divorce Coach atau Coach Cerai.”
Demikian kenyataan yang ditegaskan Mohd Izary Muhammed Ikhbal atau lebih dikenali ‘Coach Cerai’ bahawa dakwaan kononnya beliau menggalakkan atau menghasut pasangan untuk bercerai adalah tidak berasas. Menurut Mohd Izary, pelbagai tomahan, fitnah dan defamasi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah, malah menimbulkan rasa keliru serta terkejut terhadap tahap kejahilan segelintir pihak khususnya dalam kalangan masyarakat sendiri. Beliau menjelaskan, peranan ‘Coach Cerai’ merupakan profesion yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan istilah tersebut hanyalah terjemahan tempatan, bukannya satu usaha untuk mengelirukan orang ramai seperti dakwaan segelintir pihak. Mohd Izary turut membidas pandangan yang menyatakan Malaysia sebagai negara Islam tidak memerlukan khidmat ‘Coach Cerai’ dan menegaskan bahawa setiap individu berhak memilih bentuk sokongan mengikut keperluan masing-masing. “Tidak semua klien saya beragama Islam. Jika seseorang lebih selesa mendapatkan bantuan ustaz atau pihak berkuasa agama, silakan. Tetapi mengapa tidak kedua-duanya?,” katanya. Menyentuh isu melibatkan seorang pelakon popular, Mohd Izary mengesahkan individu berkenaan pernah mendaftar dalam programnya, namun sesi ‘coaching’ sebenar belum bermula berikutan kekangan jadual, selain mendakwa kehadirannya telah dibesar-besarkan oleh pihak tertentu Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama yang mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung aduan terhadap ‘Coach Cerai’ tanpa sebarang usaha untuk menghubunginya atau mendapatkan penjelasan. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
prince_marhaen replied at 22-12-2025 04:18 PM
Trap nak kongkek bini orang yang tengah insecure & vunerable je ni... muka jenis jantan sundal kuat ...

cm_vungtau replied at 22-12-2025 11:31 PM
Yeke nama Izary Iqbal. Muka macam Indian aje. Nak kata mamak pun bukan. Nampak pure Indian.
supernaturalee replied at 23-12-2025 09:12 AM
racist nye sis
ape relevannya dgn isu pun
cm_vungtau replied at 23-12-2025 05:02 PM
Kenapa racist? Indian memang salah satu bangsa dalam Malaysia kan? Sebab kalau memang indian, cema ...
Samerosie replied at 23-12-2025 05:53 PM
Sis kan kat artikel nama penuh dia dah tertulis situ muhd izary mohd iqbal. Takanlah dia kawin dg ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.822915 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.