CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlebih sensitif, sebab itu sekarang ramai generasi ‘strawberi’ – Syafinaz Selamat

22-12-2025 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1345| Komen: 17

  



Penyanyi merangkap juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan manusia zaman sekarang terlebih sensitif dan sukar menerima komen dan teguran.

Syafinaz berkata demikian susulan komennya terhadap peserta GV12 iaitu Nubhan tentang persembahannya minggu lalu yang dikatakan berkait rapat dengan kisah rumah tangganya.

Nubhan menyampaikan lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah daripada kumpulan Arrow dengan penuh perasaan sehingga Syafinaz bertanya sama ada kisah peribadinya mendorong kepada penghayatannya yang begitu mendalam.

“Bila saya sentuh sesuatu perkara bukan sebab saya suka-suka atau nak menghina. Saya selalu cakap bila kita nak menyanyi, kita cuba untuk kaitkan kisah kita dengan lirik lagu tersebut. Itu akan memberi kita nyawa.

“Sebenarnya saya nak beri pujian pada Nubhan sebab dia dapat menyampaikan lagu itu dengan baik. Emosi dia bersatu dengan lagu itu. Sebab itu saya tanya dia adakah persembahannya berdasarkan kisah benar hidupnya di mana pada saya bukan menjadi satu masalah.

“Manusia zaman sekarang jangan terlebih sensitif boleh tak! Kalau hidup kita terlebih sensitif sangat, sebab itulah sekarang ramai generasi ‘strawberi’. Hidup ini keras. Kamu perlu laluinya. Kalau semua tak boleh, susahlah nak hidup,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tujuh minggu menjurikan GV12, Syafinaz juga tidak terlepas daripada kecaman netizen yang menuduhnya sebagai pilih kasih apabila memberikan markah yang rendah kepada peserta dari Singapura iaitu Iskandar Ismail pada minggu keenam. Malah ada yang mendakwa juri tidak mahu peserta dari Singapura menjadi juara.

“Tidak adil untuk berkata begitu kerana sebelum ini sudah ada dua penyanyi dari Singapura yang menjadi juara iaitu Hady Mirza dan Aliff Aziz. Datuk Ramli MS sendiri orang Singapura. Jadi tiada isu tentang kenegaraan di sini.

“Setiap peserta boleh berada di kedudukan ke berapa sekalipun berdasarkan persembahan mereka. Bukannya dia dapat nombor tujuh setiap minggu. Dia pernah dapat nombor satu beberapa kali.

“Kita jangan sempitkan otak kita. Dalam pertandingan ini kita kena terbuka. Jangan anggap orang nak menjatuhkan. Sebagai juri kita tak mahu jatuhkan sesiapa. Kita mahu mereka memberikan yang terbaik.

“Memang susah nak puaskan hati semua orang. Tahun lalu orang berkata asyik-asyik Liza Aziz nombor satu. Tetapi siapa yang terbaik, dialah yang berada di atas,” ujarnya. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 22-12-2025 01:00 PM
skandal nubhan pun tak segan silu dtg tiap minggu nak sensetip apa ye dak?
Quote SisLena 22-12-2025 01:11 PM
alesandra replied at 22-12-2025 01:00 PM
skandal nubhan pun tak segan silu dtg tiap minggu nak sensetip apa ye dak?

Yg jiran tu ker
Quote ZORRO5555 22-12-2025 01:58 PM
Dia ni maintain muda
Quote BungaKencana 22-12-2025 02:01 PM
jadinya yg sensitip tu fans nubhan atau nubhan sndr?
Quote Temenung 22-12-2025 02:34 PM
Tokram yg strawberi

Dia yg start tegur toknaz dulu lepas toknaz tnya nubhan lagu tu dr kisah benar ke.lepas tu mungkin baru netizen tambah garam ajinomoto semua
Quote sukanyanyi 22-12-2025 03:17 PM
Temenung replied at 22-12-2025 02:34 PM
Tokram yg strawberi

Dia yg start tegur toknaz dulu lepas toknaz tnya nubhan lagu tu dr kisah  ...

Aah la baru ingat, tokram kengkonon nk protect ler tu. Tp toknaz mmg ske gini kan. Dulu pon she tanye lipjis heols ok ke sbb npk terganggu. Mase tu baru lps kua gosip gado ngn wife or smthg. So kiranya toknaz ni mcm nk korek jgk
Quote Temenung 22-12-2025 04:02 PM
sukanyanyi replied at 22-12-2025 03:17 PM
Aah la baru ingat, tokram kengkonon nk protect ler tu. Tp toknaz mmg ske gini kan. Dulu pon she ta ...

Kadang2 kita tgk peserta elok je juri pulak yg over mendalami peserta
Quote sukanyanyi 22-12-2025 04:28 PM
Temenung replied at 22-12-2025 04:02 PM
Kadang2 kita tgk peserta elok je juri pulak yg over mendalami peserta

itula.. aritu meols tak nampak plak nubs mcm tersedih ke ape nyanyi lagu tu.. ke toknaz nk counter yg mggu sblm tu sheols ckp nub mcm tak hayati lagu mawi tu.. kira mcm tuptap dia dh ambik advice toknaz n bisa mendalami bila relatekan dgn pengalaman diri.. padahl kite npk mcm samee je..
Quote MatDeghem 22-12-2025 07:08 PM
terlebih sensitive sampai jadi strawberri. ok juga.
jangan terlebih sensitive triggered jadi incredible hulk atau jadi Diva AA.



Quote gangerina 23-12-2025 04:04 PM
baik la dato. dato pun kalau dtg kelas jgn la lewat sgt ya, kesian anak2 choir tu. kelas patut habes kul 4 tup2 habes kul 6.30 sbb dato sampai kul 4.. tau la dato busy byk side job, tp please have some respect ya...spy dato dah boleh cincot lah ye komen ni, ikhlas mewakili parent anak2 choir yg selalu kena sidai berejam2..  bukan sekali dato berkali2 plak tu, tp kalau anak2 lewat waima sekali pun siap dpt mesej kena tunjuk sebab kenapa lewat dtg kelas...renung2kan lah ya Dato....
Quote wirazam 23-12-2025 08:15 PM
gangerina: baik la dato. dato pun kalau d ...

Ini baru ada nilai berita...
Tulis caption as juri gv tak pandai jaga time...baru boom terus hahaha
Quote Minami2013 23-12-2025 11:56 PM
Baya erra tp nmpak erra kulit lagi cekang..meols refer picture atas tu nmpak kulit muka dah sagging.

Quote MissYouSayang 24-12-2025 04:10 AM
Dia ni selalu tanya soalan2 awkward kat peserta..pastu nak relate dgn soalan sheols terus jadi krikkrik... Better skit komen tokrem dari sheols even pendek2  tp org faham jah
Quote alesandra 24-12-2025 08:12 AM
gangerina replied at 23-12-2025 04:04 PM
baik la dato. dato pun kalau dtg kelas jgn la lewat sgt ya, kesian anak2 choir tu. kelas patut habes ...

ouch.....
Quote PinkyPie 24-12-2025 08:17 AM
gangerina replied at 23-12-2025 04:04 PM
baik la dato. dato pun kalau dtg kelas jgn la lewat sgt ya, kesian anak2 choir tu. kelas patut habes ...

Teh ini lagi panasss
Quote gangerina 24-12-2025 12:48 PM
satu lagi teh cuba la uols tgk socmed anak2 choir ni, Dato pun tgk sekalila...awat la nya muka2 cikgu cikgu yg lebih2 kat situ......cuba la expose anak2 tu lebih skit, part technical2 yg diorg bertungkus lumus buat homework, hafal, kena tengking, kena baling pen, kena perli... lebih afdal dato.... yg cikgu cikgi tu buat la socmed sendiri boleh la la lambung diri sendiri, jgn la lambung kat socmed anak2 choir tu...... sendiri mau ingat la....ini pun dah tambah baik ni uolss, dulu la lagi la sebelum ada chat group buta2 je kena sidai...yg heran tu mak pak yg startstruck sgt dpt jumpa dato setahun sekali lepas showcase.... haih ntah la....
Quote sayawifenikmie 24-12-2025 12:52 PM
alesandra replied at 22-12-2025 01:00 PM
skandal nubhan pun tak segan silu dtg tiap minggu nak sensetip apa ye dak?

kompem ke itu skandal dia ?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035366 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top