|
Susulan kemelut rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli, individu dikenali sebagai ‘coach cerai’ menjadi perhatian ramai serta membuat netizen tertanya-tanya mengenai peranannya. Menerusi satu podcast, coach cerai dikenali sebagai Mohd Izary Muhammed Ikbal mendakwa dia mampu mengenal pasti pasangan itu berpotensi untuk bertahan lama atau tidak. Menurutnya lagi, dia juga mampu menilai kebahagiaan pasangan itu dalam sesebuah perkahwinan dalam tempoh lima minit. “Kalau saya jumpa satu pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama lima minit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak. “Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan yang bahagia atau tidak. Tak semestinya betul tetapi ketepatan itu ada dalam 90 peratus. Tapi saya bukannya Tuhan dan saya bukan tilik nasib,” katanya. Sementara itu, penilaian tersebut juga datang melalui corak tingkah laku yang sering berulang dalam sesebuah hubungan. “Kenapa saya kata saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup, the resisting is the pattern recognition. Kita boleh perasan perkara itu berlaku,” katanya. Dalam pada itu, Izhary berkata dia pernah mengendalikan kes suami dilihat penyayang di media sosial namun melakukan kekerasan terhadap isteri. “Saya pernah menguruskan satu kes di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia kaki pukul isteri. “Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tapi ada dua atau tiga orang kekasih lain di luar. Jadi jangan kita ambil seratus peratus apa yang kita lihat di media sosial,” katanya. Sumber : Rotikaya
|



pocongkiutss replied at 22-12-2025 11:14 AM
Kau sendiri dgrnya dh cerai 3 kali kan? So..valid ke
NuansaBiru replied at 22-12-2025 11:56 AM
Acikpor hanya perlu lihat sekeping gambar bbrp saat saja, tak perlu bertemu muka apatah lagi bazirka ...
cm_vungtau replied at 22-12-2025 11:46 AM
Acik por lagi terer. Siap ada pasukan csi lagi. Takyah pun nak pattern2 bagai

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.222152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.