|
Penceramah bebas, PU Syed tampil menggesa Coach Cerai untuk mendedahkan mengenai latar belakang dan keupayaannya dalam menawarkan khidmat nasihat mengenai perkahwinan dan perceraian.
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed berkatanyakan mengenai peranan coach cerai serta kelayakan individu tersebut. “Dia kata hanya perlukan lima minit untuk tahu pasangan suami isteri boleh bertahan atau bercerai. “Saya nak bertanya, apakah kelayakan awak untuk menjadi Coach Cerai? Apa makna Coach Cerai? Adakah mengajak orang untuk cerai atau bagaimana?” katanya. Sementara itu, PU Syed turut mempersoalkan adakah individu itu seorang yang bertauliah serta memintanya untuk menjelaskan status kepakarannya dalam menyelamatkan rumah tangga seseorang. “Adakah dia seorang yang bertauliah, mempunyai latar belakang agama, tahu hukum hakam dan undang-undang negara? “Saya nak tahu dan boleh tak keluarkan satu video untuk beritahu masyarakat siapakah anda sebenarnya dan apakah status anda..adakah menyelamatkan (rumah tangga) atau bagaimana? “Saya hanya bertanya, mungkin netizen boleh mendapatkan khidmat awak jika benar-benar boleh menyelamatkan perkahwinan atau pun sebaliknya,” tulisnya. Sumber : Rotikaya
|

dudaberhias replied at 23-12-2025 04:10 AM
BTW ni first time kaka tengok gambar coach cerai.
Tak sangka yach ada makhluk sanggup hire rohingya ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 1.000561 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.