|
Suami kepada pelakon dan penyampai radio Neera Azizi iaitu Muhammad Hafizi Mohd Noor digantung tugas selama enam bulan sebagai mutawif susulan video ‘gender reveal’ di depan Kaabah. Menerusi satu hantaran di media sosial In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd, pihak pengurusan mengambil keputusan menggantung suami kepada pelakon itu daripada berkhidmat serta merta. Sementara itu, sepanjang tempoh penggantungan itu, Hafizi tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tugasan operasi termasuk membimbing jemaah ke Tanah Suci.
Selain itu, Hafizi turut dikenakan tindakan tatatertib dalaman termasuk surat amaran rasmi dan sebarang pertimbangan pelantikan semula hanya akan dibuat tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap garis panduan syarikat. “Sebarang perlakuan yang menjejaskan kesucian ibadah di Tanah Suci, etika dan imej syarikat tidak akan dikompromi,” tulis kenyataan itu. Terdahulu, Neera berkata dia tidak menyedari perbuatannya itu dilihat dianggap kurang beradab sebaliknya tujuan video itu sebagai tanda syukur. Sumber : Rotikaya
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:19 PM GMT+8 , Processed in 1.913832 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.