|
Pelakon Uqasha Senrose berkata dia memilih untuk berpisah dengan suaminya, Kamal Adli bukan kerana duit serta menafikan dakwaan mahukan suami kaya menjadi punca dia menuntut cerai. Menerusi satu hantaran di Insta Story, Uqasha berkata hanya dia sahaja tahu mengapa dia mahu berpisah dengan Kamal dan hanya dia yang melaluinya. “Cuma ada beberapa perkara yang saya nak betulkan, iaitu tentang ‘saya nak orang kaya’? Jadi awak semua yang menilai dia tak kaya ke? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit, demi Allah dan demi anak saya Hawra Uqaira, Wallahi saya berkerja sewaktu saya hamil.
“Apa yang saya lalui hanya saya dah hati jiwa raga tahu dan sudah tentu Allah yang Maha Mengetahui. Sorokla hujung dunia pun Dia Maha Melihat. Allah tak pernah tidur,” katanya.
Sementara itu, Uqasha turut memohon agar Kamal melepaskan dirinya serta mengatakan hubungan aktor itu dengan anak mereka tidak akan terputus. “Awak takkan terputus dengan anak sampai mati. Lepaskan saya, saya mengalah dan saya manusia biasa banyak khilaf dan saya yang tentukan hidup saya,” katanya. Sumber : Rotikaya |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.369292 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.