CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Kali Beego Tak Hadir, Mahkamah Beri Amaran Keras

16-12-2025 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3044| Komen: 45

 



Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, memberi amaran keras terhadap pelakon, Beego kerana tidak hadir pada prosiding percerainnya dengan Linda Hashim.

Memetik Oh Bulan, peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah berkata Hakim syarie, Fareq Azmi turut memberi amaran kepada Beego selepas tiga gagal munculkan diri.

“Ini kali ketiga dia tidak hadir dan sepanjang saya mengemudi kes ini, pihak peguam defendan tidak pernah lampirkan sebarang bukti sijil cuti sakit, sijil kematian atau sebarang alasan.

“Hakim mendengar dengan baik isu ini berkenaan ketidakhadiran dan kita mohon juga satu peringatan yang keras yang pertama daripada pihak mahkamah kepada pihak defendan.

“Kita mohon juga untuk diberikan kos atas kehadiran. Pihak hakim juga memberi satu lagi peluang dengan amaran keras kepada pihak defendan termasuk peguam agar cakna dan diwajibkan hadir pada prosiding bulan depan,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Beego memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri berikutan kematian ahli keluarga terdekat di Johor.

Jelasnya lagi, Beego bukan tidak mahu memberikan kerjasama, sebaliknya masih dalam usaha untuk memujuk dan mencari jalan perdamaian, namun jika tiada penyelesaian akan diselesaikan secara baik.

“Buat masa ini, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik. Mungkin dalam tempoh terdekat, selepas isu taklik atau perkara lain, barulah dapat dilihat bagaimana perkembangan seterusnya.

“Perbincangan saya dengan anak guam masih belum sampai ke tahap persetujuan untuk bercerai. Dia memaklumkan hasrat untuk cuba menyelesaikan masalah secara baik antara dirinya dan Linda. Namun, sekiranya tiada jalan penyelesaian, kemungkinan perlu diselesaikan secara baik,” katanya.


Sumber : Oh Bulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 16-12-2025 07:21 PM
Menyusahkan org lain betul sampai 3 kali. Alasan je tu
Quote lanacondor 16-12-2025 09:43 PM
Ni la sb ramai bertahan je dlm rumahtangga wlpun dpt suami biawak ke kaki pukul ke. Sebab nak dptkn proses cerai ni ssh. Kalau kena dekat isteri yg mmg pendapatan kecil nak naik mahkamah byk kali mmg xsanggup. Semua tu duit. Hrp beego dpt lah bg kerjasama.
Quote penmerah 16-12-2025 09:46 PM
Kesian
Lawa cantik tapi dapat garbage

Moga cepat kes sheol nih Dan she berbahagia dgn anak2

Garbage hanya layak untuk tong sampah sahaja
Quote azimodin 17-12-2025 06:50 AM
So nak cari jalan tak boleh attend court hearing la eh? Yang meninggal tu dah tentu2 dah meninggal.. yang hidup ni kau kena settlekan dulu. 3 kali tak hadir, nampak sangat ada masalah attitude. Pujuk tak pujuk tu lain cerita. Parid kamel pon sempat je nak buat drama memujuk kat court. xpayah nak buat alasan bodoh la
Quote azimodin 17-12-2025 06:55 AM
lanacondor replied at 16-12-2025 09:43 PM
Ni la sb ramai bertahan je dlm rumahtangga wlpun dpt suami biawak ke kaki pukul ke. Sebab nak dptkn  ...

Gitu la sistem mahkamah kat Malaysia ni. Suami nak ceraikan isteri laju je.. ada alasan or tak de alasan anytime boleh. Yg perempuan terpaksa hadap banyak benda bila masuk court. Even yg ada kes polis (pukul, substance abuse) pon kena jumpa pegawai & jkp. Pegawai pon memang macam leaning to lelaki. Kes pukul pon masih bagi nasihat kat bini untuk bersabar.. kejadah
Quote prince_marhaen 17-12-2025 08:59 AM
Awal2 dulu pun orang dah terkejut masa dia kawin Begok ni, begok duda cerai sebab dia ada attitude problem, tapi LH terima jugak. Skrg dah beranak pinak dah masih lagi buat hal, sampai haritu kekasih baru (tak tau lah laki ke pompuan ) serang LH kan... masih lagi nak hadap si Begok ni... good luck je lah LH..
Quote BoongaKertas 17-12-2025 09:01 AM
takleh decide terus ke utk bg perintah cerai? kesiannya naik turun court...x guna betul lah jantan hansuang ni
Quote Buritan 17-12-2025 09:10 AM
azimodin replied at 17-12-2025 06:55 AM
Gitu la sistem mahkamah kat Malaysia ni. Suami nak ceraikan isteri laju je.. ada alasan or tak de  ...

Soklan serius . Kalo tak cerai tak boleh ke.. tp hidup masing masing halllaa.. kawan aku naik gigih naik mhkmh turun mhkmh.. duit pun byk abiss.. pas tu stress.. aku ckpla kat dia.. tak pyh la mintak cerai.. dia pun mana balik rumah dah kan.. so ko boleh hidup aman aman dgn anak aku ckplaa..
Quote zeetot 17-12-2025 09:11 AM
iols ada colleague yg 1 opis dgn laki sendiri lepastu dia nak fail cerai. setahun lebih ya turn naik mahkamah. last2 tak jadi. sbb renyah nak mampossshhh
Quote missmarvolo 17-12-2025 09:24 AM
Interesting:

1. What is this actually called?
It is called Ta‘liq (Taklik) nikah.
In Malaysia, ta‘liq is legally recognised under state Islamic Family Law enactments.

2. What is Ta‘liq Nikah?
Ta‘liq is a conditional divorce clause agreed to at the time of nikah.
???? If the husband breaches the agreed conditions, the wife can apply to the Syariah Court to confirm that divorce has occurred — without needing the husband’s consent.
Important:
  • The wife does not pronounce divorce
  • The court verifies and confirms it


3. Is this already practised in Malaysia?
Yes. Automatically.
Every Muslim marriage in Malaysia already includes a standard ta‘liq (read aloud after akad nikah), such as:
  • Husband abandons wife for 4 months
  • Husband fails to provide nafkah
  • Husband causes physical harm

If proven, the wife can go to court and activate it.

4. Can a woman ADD her own conditions?
Yes — and this is the part many people don’t know.
Before marriage, a woman may request additional ta‘liq conditions, for example:
  • No polygamy without written consent
  • Husband must provide a minimum nafkah amount
  • No physical or emotional abuse
  • Freedom to work or study
  • No abandonment beyond X months

⚠️ These must:
  • Be agreed by the husband
  • Be written clearly
  • Be recorded officially (usually in marriage documents or attached agreement)


Quote azimodin 17-12-2025 10:39 AM
Edited by azimodin at 17-12-2025 10:41 AM
Buritan replied at 17-12-2025 09:10 AM
Soklan serius . Kalo tak cerai tak boleh ke.. tp hidup masing masing halllaa.. kawan aku naik gigi ...


Dalam islam, selagi mana dalam perkahwinan selagi tu la isteri kena layan basic needs suami. Kalau dah kena pukul bantai/ nafkah pon tak bagi /diabaikan baik usahakan mintak cerai/fasakh. Xlayan suami nanti berdosa pulak.. nak keluar pon kena mintak izin dulu. Kalau cerai, terus jadi orang asing.. dah xpayah fikir nak mintak izin itu ini.
Quote Prickford 17-12-2025 10:43 AM
lanacondor replied at 16-12-2025 01:43 PM
Ni la sb ramai bertahan je dlm rumahtangga wlpun dpt suami biawak ke kaki pukul ke. Sebab nak dptkn  ...

Iyooo...kawan iolls kena maki hamun dgn suami. Sheolls file kat mahkamah, proceed utk kaunseling dulu. Bila dah dapat tarikh, suami tak nak pegi kaunseling. Boleh plak pejabat agama call kata kalau suami tak nak datang, isteri jelah datang sorang. Kawan iolls tanak la. Yg kurang ajar, maki hamun si suami. Tapi isteri plak congok sorang2 gi kaunseling.
Quote da_vinci 17-12-2025 10:49 AM
pada aku laaa....lelaki/suami tak heranpun Mahkamah Syariah ni....
Quote NazRysha 17-12-2025 11:15 AM
da_vinci replied at 17-12-2025 10:49 AM
pada aku laaa....lelaki/suami tak heranpun Mahkamah Syariah ni....

mahkamah sivil (perceraian non muslim) lebih adil daripada mahkamah shariah

Quote Gianna111 17-12-2025 11:44 AM
kenalan i tuntut cerai..ceceah 7 tahun.percaya tak?dari dia muda bergetah dah naik umur 38 tahun baru dapat cerai..gara gara jantan tak berguna.
Quote Buritan 17-12-2025 01:18 PM
azimodin replied at 17-12-2025 10:39 AM
Dalam islam, selagi mana dalam perkahwinan selagi tu la isteri kena layan basic needs suami. Kalau ...

Betul u ckp tuu tp harga nak bercerai tuu besar sgt..  baik aku guna duit upah loyer tuu beli rumah ke kereta ke.. sian nasib pompuan.. nak mintak cerai payah.. kena cerai pun payah..

Mmg berdosa tak layan somi tp somi yg jahak tak ceraikan pun berdosa jugak..
Quote hazlya 17-12-2025 02:28 PM
Tapi kekurangannya tak boleh cerai dulu. Dia cerai, tuntut harta sepencarian & penjagaan anak sekali harung. Tapi sama je macam mahkamah syariah sebab lelaki boleh buang masa untuk tak cerai
Quote KBW2 17-12-2025 03:03 PM
3 kali tak hadir ni patutnya boleh sumbat jah dalam tahanan. Cuba bayangkan si isteri ni jenis baru terkial-kial nak start kerja, kena mintak cuti banyak kali tapi sesia jah sebab perbicaraan tertangguh berkali-kali? Apakah mahkamah syariah tak boleh fikir nasib perempuan yang macam ni ya? Ini bukan benda jarang berlaku, ini benda lazim berlaku. Sekadar amaran kerasa tak jalan. Dia patut ada pihak penguatkuasa heret dia dan sumbat dalam jel.
Quote azimodin 17-12-2025 03:16 PM
Buritan replied at 17-12-2025 01:18 PM
Betul u ckp tuu tp harga nak bercerai tuu besar sgt..  baik aku guna duit upah loyer tuu beli ruma ...

Itu la.. cakap lebih2 nanti orang lelaki cakap aku ni support dakyah feminist barat tapi memang terang2 la sistem undang2 keluarga islam malaysia ni berat sebelah. Sepatutnya kes2 yg ada bukti kukuh ni tak perlu dah bicara banyak kali.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.754417 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top