|
Usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, menjadi contoh teladan apabila secara konsisten menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta selama tiga tahun berturut-turut.
Pasangan selebriti itu menerusi syarikat mereka Wawa Global Sdn Bhd menunjukkan keprihatinan demi membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan. Menurut Wawa Zainal, kejayaan dalam perniagaan bukan sekadar diukur melalui keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan rasa syukur dan tanggungjawab untuk berkongsi rezeki. "Kami percaya setiap rezeki yang Allah kurniakan ada hak orang lain di dalamnya. Zakat bukan hanya satu kewajipan, tetapi juga cara untuk membersihkan harta dan menenangkan hati. "Jika perniagaan kami berkembang, maka lebih besar tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya selepas menghadiri Majlis Iktiraf Muzakki Dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini. Tambah Wawa, konsistensi menunaikan zakat perniagaan adalah prinsip yang sentiasa dipegang sejak awal pembabitan mereka dalam dunia perniagaan. "Kami bermula dari bawah, jadi kami sangat memahami erti kesusahan. Harapan kami, sumbangan ini dapat memberi manfaat sebenar kepada asnaf dan menjadi asbab keberkatan serta kelangsungan perniagaan kami," katanya. Ia sekali gus mencerminkan komitmen tinggi pasangan berkenaan terhadap tanggungjawab sosial dan kewajipan agama, selari dengan kejayaan perniagaan yang diusahakan. Sumbangan zakat perniagaan itu disalurkan melalui LZS bagi memastikan agihan dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kepada golongan sasaran, termasuk fakir miskin, anak yatim serta individu yang memerlukan sokongan ekonomi berterusan. Sementara itu, pihak LZS turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan Wawa dan Aeril sambil menyifatkan usaha berkenaan sebagai contoh terbaik kepada usahawan Muslim untuk menunaikan zakat secara konsisten dan beramanah. Inisiatif pasangan ini bukan sahaja memberi impak besar kepada golongan memerlukan, malah membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan dan perniagaan mampu berjalan seiring dengan nilai kemanusiaan dan keprihatinan sosial. Sumber : BH
|
LadyCarefree replied at 16-12-2025 05:05 PM
Pelik kan produk timbang kilo pun boleh buat orang jadi jutawan? Tak caya diorang ada kilang sendiri ...
. rezeki kuat laksmanabentan replied at 16-12-2025 04:12 PM
berkat rajin online, consistent uolssdia jadikan diri dia brand value
thenfollowers dia percaya d ...
LadyCarefree replied at 17-12-2025 12:01 AM
I cakap pasal lain
LadyCarefree replied at 17-12-2025 12:01 AM
I cakap pasal lain
awanysss replied at 17-12-2025 02:29 PM
iols ada tgk ig founder produk.. ada diploma finance tak silap..
pastu kalau nak buat product baru ...
awanysss replied at 17-12-2025 01:29 PM
iols ada tgk ig founder produk.. ada diploma finance tak silap..
pastu kalau nak buat product baru ...
laksmanabentan replied at 17-12-2025 01:24 PM
iollss pun tak percaya uollsss dia ada kilang or R&D segala...
semua timbang kilo atau OEM gitu uo ...
LadyCarefree replied at 17-12-2025 08:35 PM
Yes. Tapi kalau DCT dia dari awal jujur dan telus. Dia punya produk mmg kilang di Korea. Mula2 dul ...
^CUN_GILA~. replied at 18-12-2025 12:52 AM
hart_attack replied at 18-12-2025 06:52 AM
Simplysiti kan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.458901 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.