CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Sekumpulan pendaki gaduh tarik rambut berebut teman lelaki atas gunung

16-12-2025 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1621| Komen: 33

 


JAKARTA – Sekumpulan pendaki Gunung Talang, wilayah Sumatera Barat terkejut melihat babak pergaduhan dua remaja yang saling menarik rambut gara-gara berebutkan teman lelaki, lapor laman berita iNews.

Dalam kejadian pada 7 Disember lalu, dua remaja perempuan berkenaan dilihat saling menarik rambut dengan kuat, malah cuba menjatuhkan satu sama lain di tengah laluan pendakian dan khemah.

Pergaduhan itu didakwa tercetus akibat hubungan cinta. Seorang pengguna media sosial bernama Ilham mendedahkan bahawa pergaduhan itu berlaku kerana seorang lelaki ‘ditangkap’ membawa wanita lain untuk mendaki gunung.

“Masalah lelaki ini adalah, dia mempunyai teman wanita tetapi masih mengajak wanita lain mendaki gunung. Begitulah pergaduhan itu berlaku,” tulisnya.

Pergaduhan tersebut disaksikan sejumlah pendaki lain sebelum beberapa orang akhirnya campur tangan untuk memisahkan kedua-dua remaja itu sebelum insiden menjadi lebih buruk.

Video insiden itu tular di media sosial dan menerima pelbagai komen orang ramai.

“Dahulu naik gunung itu damai, kini naik gunung sangat ramai,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kenapalah mahu berebut? Tinggalkan sahaja lelaki itu dan cari kekasih baharu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 16-12-2025 12:13 PM
@nusaraya

Quote Decaffeinated 16-12-2025 12:22 PM
Jangan salahkan your competition. Face your partner and set the record straight. Tak guna memaksa bila hati dah tak suka.
Quote TeropongThaico 16-12-2025 12:32 PM
Camno rupa cowok tu... Ganteng????
Quote telracs 16-12-2025 02:19 PM
Edited by telracs at 16-12-2025 02:21 PM

dua remaja perempuan berkenaan dilihat saling menarik rambut dengan kuat, malah cuba menjatuhkan satu sama lain di tengah laluan pendakian dan khemah



Semoga baik-baik sahaja, tiada yang jatuh gaung.
Quote plywood 16-12-2025 02:24 PM
Yeaaaa............... hahahahah

baju putih ada hood tu barangkali gf lelaki tu. .. kelihatan agresif sekali nak masuk dalam khemah.. tengah marah untuk menegakkan keadilan... ini bfku!!


Quote telracs 16-12-2025 02:24 PM
Masalah lelaki ini adalah, dia mempunyai teman wanita tetapi masih mengajak wanita lain mendaki gunung



Masalahnya, cemane boleh tahu?
Pergi sama-sama?
Di pertengahan jalan, teman wanita tu baru ketahuan ada wanita lain dalam grup pendakian mereka itu adalah skandal teman lelakinya?

Hmmm... macam-macam hal...
Quote telracs 16-12-2025 02:35 PM
plywood replied at 16-12-2025 02:24 PM
Yeaaaa............... hahahahah

baju putih ada hood tu barangkali gf lelaki tu. .. kelihatan agresi ...


Pendapat saya pula :
Yang baju pink tu rasanya teman wanita...
Yang pakai hoodie kelabu tu skandal...



Quote Skuau 16-12-2025 02:35 PM
Edited by Skuau at 16-12-2025 02:36 PM

Friska vs Trisna...rebut rebut ama nusaraya
                                
Quote plywood 16-12-2025 02:37 PM
telracs replied at 16-12-2025 02:35 PM
Pendapat saya pula :
Yang baju pink tu rasanya teman wanita...
Yang pakai hoodie kelabu tu skanda ...

ya ampun barangkali uol betul... aku yang silap, aku ingat yang baju pink tu kawan yang putih.. rupanya lawan

hahah

Quote midori888 16-12-2025 02:51 PM
lelaki baju hitam tu ker rebutan mereka?
Quote ekselen 16-12-2025 02:55 PM
Minami2013 replied at 16-12-2025 12:13 PM
@nusaraya


hahaha.. terus aku gelak.. calling for @nusaraya bg sepatah 2 kata
Quote ekselen 16-12-2025 02:58 PM
telracs replied at 16-12-2025 02:35 PM
Pendapat saya pula :
Yang baju pink tu rasanya teman wanita...
Yang pakai hoodie kelabu tu skanda ...

meols tak tahan nk gelak tgk yg bergusti tu.. emangnya sesuai ngan keturunan gusti radin bagai ni sbb suka bergusti
Quote sharlenetexas 16-12-2025 02:58 PM
Rugi tak tergolek jatuh gaung.


Quote Minami2013 16-12-2025 03:05 PM
ekselen replied at 16-12-2025 06:55 AM
hahaha.. terus aku gelak.. calling for @nusaraya bg sepatah 2 kata

Sheols tak masuk thread negara dia... Sibuk provoke Malaysia
Quote sharlenetexas 16-12-2025 03:07 PM
Minami2013 replied at 16-12-2025 03:05 PM
Sheols tak masuk thread negara dia... Sibuk provoke Malaysia

Tak tenggelam pulak dia dalam banjir.


Quote ekselen 16-12-2025 03:12 PM
Minami2013 replied at 16-12-2025 03:05 PM
Sheols tak masuk thread negara dia... Sibuk provoke Malaysia

hahaha.. takut la tu nk menjawab.. ye la terang2 geng dia suka buat provokasi.. org pun mls nk layan.. bukan betul sgt tu.. iols ni kalau post2 puak nusa kt youtube tu susah nk caya sbb mostly konten menipu..
Quote Minami2013 16-12-2025 03:22 PM
sharlenetexas replied at 16-12-2025 07:07 AM
Tak tenggelam pulak dia dalam banjir.

Dia awai2 naik sampan masuk jalan tikus ke sini meols rasa. Sebab tu tersakiti sgt
Quote B40tastePosh 16-12-2025 03:30 PM
Dah takde kerja ke naik gunung lepas tu tarik tarik rambut?

Harap penunggu @nusaraya tarik rambut mereka ini semua.
Quote Minami2013 16-12-2025 03:32 PM
ekselen replied at 16-12-2025 07:12 AM
hahaha.. takut la tu nk menjawab.. ye la terang2 geng dia suka buat provokasi.. org pun mls nk lay ...

Tapi mmg aneh2 pun deyols ni

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050553 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top