|
BERSYUKUR tidak pernah terjebak dalam hubungan toksik, penyanyi Ara Johari sedia menyampaikan mesej kepada pendengar yang bercinta dengan individu ‘redflag’ agar cepat tersedar.
Peringatan tersebut diketengahkan menerusi lagu baharunya berjudul Terlalu Bodoh juga kesinambungan dendangan terdahulu, Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL). Menurut pemilik nama lengkap Nurfarrah Izzatie Johari, 28, itu, hubungan toksik harus dijauhi memandangkan kesannya mampu menjejaskan emosi serta mental seseorang. “Saya tak pernah berada dalam hubungan toksik dan minta dijauhkan daripada perkara itu. Apabila terjerat, secara tidak langsung turut bawa risiko kepada kesihatan mental. “Jangan biarkan diri kita terus dibuli insan yang tidak tahu menghargai. Namun kadangkala kita tak sedar atau terlalu mencintai sehingga sukar untuk keluar dari hubungan toksik itu. “Inilah antara pendorong untuk saya tampil dengan lagu Terlalu Bodoh kerana ada dalam kalangan orang terdekat juga melaluinya,” katanya ketika sesi bersama peminat, baru-baru ini Kali ini Ara bekerjasama dengan komposer sama untuk MJOL, Iham Baso selain pengubah muzik Adrian Rahmat Purwanto serta mendapat bimbingan vokal daripada Bowo Soulmate. “Proses rakaman single Terlalu Bodoh dibuat di Indonesia pada September lalu. Banyak cabaran kerana saya kembali merakamkan semula lagu itu tiga minggu kemudian. “Ini gara-gara saya tak puas hati dengan penghayatan sendiri sampai sanggup balik hari ke Jakarta beberapa minggu selepas menyempurnakan rakaman. Apa pun semua usaha sangat berbaloi,” ujarnya. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|

Candys replied at 17-12-2025 12:17 PM
Style dia ni mcm misha oma
chandrahusin replied at 18-12-2025 03:42 PM
Ara ni makin comel plk
mmg mcm Misha Omar

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084868 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.