|
Selepas dua tahun beroperasi, penyanyi Shiha Zikir mengumumkan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam miliknya secara rasmi ditutup.
Menurut Shiha, keputusan untuk menutup bisnes nasi ayam yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam tersebut bukan perkara mudah. “Dengan hati yang berat, saya ingin memaklumkan bahawa Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam cawangan Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember, hari ini (semalam). “Jangan risau ya, cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua. “Keputusan yang diambil bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya percaya semuanya adalah langkah terbaik buat masa ini,” katanya dalam platform Threads hari ini. Dalam masa sama, dia turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang sudah hadir ke restorannya sepanjang tempoh operasi sebelum ini. “Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami sepanjang hampir dua tahun di Shah Alam. “Setiap sokongan, kunjungan dan setiap doa amat Shiha hargai dari hati. “Kalau rindu, jemputlah datang makan di cawangan Kampung Baru ya,” ujarnya. Terdahulu, Shiha atau nama penuhnya, Nurshiha Mohd. Zikir membuka restoran nasi ayam di Shah Alam pada Jun 2024. Shiha juga pernah mendedahkan kedainya pernah menerima gangguan ilmu hitam sehingga orang ramai menyangkq kedainya ditutup. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
Perawankota replied at 16-12-2025 04:04 PM
Nasi ayam dia sedap tak
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 08:16 AM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...
ezzreee replied at 16-12-2025 05:04 PM
maybe dari segi sup,ayam dan sambal dia kot u.
ada tu sup dia rs betol pak aji.
ayam maybe ada yg ...
sfrnna replied at 16-12-2025 04:40 PM
Nasi ayam paling sedap tetapla the chicken rice shop
sfrnna replied at 16-12-2025 04:40 PM
Nasi ayam paling sedap tetapla the chicken rice shop
cmf_jeangrey replied at 16-12-2025 05:46 PM
Pernah rasa nasi ayam Linda Onn
So so jah..takde rasa nak repeat
borne replied at 16-12-2025 08:30 PM
Next time nak bukak kedai jangan taruh nama sendiri dekk.. Konfem haterz tak masuk.
adelea replied at 16-12-2025 08:49 PM
Iols suka nasi ayam
Kat ikano ..
LaskarHijayu replied at 16-12-2025 04:16 PM
Selalu aku tertanya nasi ayam ni yg sedapnya mcm mana ye? Bukan ke nasi ayam tu sama je rasa semua ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 01:19 PM GMT+8 , Processed in 1.808977 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.