|
Pelakon Aprena Manrose mengakui rumah tangganya sebelum ini sama seperti pasangan lain yang turut berdepan ujian dan sudah tentu ada fasa bahagia.
Menerusi program Cahaya Hati, Aprena beranggapan seorang suami sepatutnya lebih kuat mempertahankan rumah tangga. “Hubungan suami isteri mana yang tak bergaduh. Mesti ada saja bergaduh. Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih sebab bimbang akan terbuka aib mana-mana pihak. “Sebab bukannya sepanjang perkahwinan kami tidak okay, ada masa okay, ada waktu bahagia dan tak bahagia. Cumanya bagi saya, macam mana kita pertahankan perkahwinan itu. “Bagi saya, seorang lelaki sepatutnya kena lebih kuat pertahankan rumah tangga berbanding perempuan. Tapi bila lelaki itu memutuskan untuk lepaskan, kita akur saja,” katanya. Sementara itu, Aprena berkata dia reda dengan perceraian tersebut namun mengakui sepanjang tiga bulan tempoh idah dia dan suami cuba berbaik. “Alhamdulillah, proses perceraian saya dipermudahkan. Rasa macam tiba-tiba sudah habis idah. Tipulah kalau tak sedih, memang ada fasanya. “Dalam masa dua, tiga bulan dalam tempoh idah, kami ada mencuba untuk berbaik. Tapi bila Allah SWT kata sudah berakhir, maksudnya kena terimalah. “Saya juga dekatkan diri dengan Allah, pergi buat umrah, solat tahajud selama lebih empat bulan. Mungkin sebab itu saya dapat kekuatan,” katanya. Terdahulu, Aprena memaklumkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada Jun lalu selepas hampir sembilan tahun berkahwin. Sumber: Rotikaya
|
azimodin replied at 16-12-2025 11:53 AM
Bila bab anak ni, susah bila banyak mulut yg jenis tak reti nak tutup. Husband memang kena main pera ...
pocongkiutss replied at 16-12-2025 02:18 PM
Bethol
Iols zaman kobid laaaa paling bahagia..tak yah nk pegi kenduri mengahadap acik2 pelbagai m ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.039431 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.