CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cardi B berhijab di Arab Saudi, pakaian sopan curi tumpuan

15-12-2025 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 370| Komen: 3

 



PENAMPILAN penyanyi rap, Cardi B, yang tiba di Arab Saudi menarik perhatian ramai apabila dilihat mengenakan pakaian sopan. 

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi berusia 33 tahun itu di Instagram, memaparkan dirinya berada di pusat beli-belah di negara berkenaan. 

Dalam video tersebut, Cardi B kelihatan anggun mengenakan gaun panjang berserta hijab hitam.

"Hello Arab Saudi, Halal B sudah sampai," tulisnya berseloroh.

Menurut laporan, kehadirannya di Arab Saudi adalah untuk membuat persembahan di Festival Soundstorm 2025 di Riyadh, bersama beberapa artis terkenal lain.

Tidak hanya itu, Cardi B juga berkongsi video yang memaparkan dirinya lengkap memakai jubah dan hijab sambil berlari di atas alat senaman treadmill. 

 



Menariknya, semasa berlari, dia turut berteriak 'Assalamualaikum' dan 'Waalaikumassalam' dengan penuh bertenaga, menghiburkan para peminat yang menonton.

Dia juga sempat berkongsi kepada peminat cara mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan cahaya mata keempat.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 16-12-2025 07:53 AM
amboi hhhhhhhhhaaaa
Quote sarah_ary2 27-12-2025 04:06 PM
Lawak sebab nampak gambar sheosl sambut christmas ada meehoon goreng dgn nasi goreng comel sebenarnya cardi ni walau seksa aiols tgk lgu WAP tue
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:00 PM
Komen deleted

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.188238 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top