CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Wanita bongkar tembelang kakak ipar bersuami dua

12-12-2025 10:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1229| Komen: 13

 


TANAH MERAH – Seorang wanita mendakwa abang kandungnya ditipu oleh kakak ipar apabila mendapati isteri abangnya itu berkahwin dengan seorang lagi lelaki sejak lebih setahun lalu.

Tembelang wanita dari Terengganu itu terbongkar selepas Nur, 35, bersama dua anggota polis dan penduduk menyerbu ke rumah suami keduanya di Batu 11 di sini pada 6 Disember lalu.

Menurut Nur, kakak iparnya itu berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki yang berasal dari Johor di Terengganu meskipun masih mempunyai ikatan sah sebagai isteri kepada abangnya.

“Saya bersama polis dan penduduk kampung yang menyerbu rumah itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam rumah berkenaan.

“Lelaki itu memaklumkan bahawa kakak iparnya itu adalah isterinya. Saya terkejut dengan kenyataan itu sebelum terus menghubungi abang untuk memaklumkan perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Nur memberitahu, lelaki itu mendakwa dia sudah berkahwin dengan kakak iparnya di Pejabat Agama Wilayah Songkhla, Thailand pada 5 November tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan pengetahuannya, abang dan kakak iparnya itu tidak pernah bercerai sebaliknya menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri.

“Saya mengetahui kakak ipar pergi ke rumah lelaki itu semasa abang tiada di rumah. Pada waktu siang, dia berada di rumah suami kedua manakala sebelah malam pula bersama abang.

“Jarak rumah abang saya dengan lelaki yang didakwa sebagai suami keduanya itu hanya 19 kilometer. Jika perkara ini tidak terbongkar, pasti saya dan keluarga akan terus ditipu dengan tindakannya yang sanggup mempermainkan hukum agama Islam,” ujarnya.

Nur berkata, seminggu selepas dia menyerbu rumah lelaki itu, kakak iparnya bertindak membuat laporan palsu kepada polis dengan mendakwa dia telah mengganggu hidupnya.

Menurutnya, wanita itu juga masih berkeras dan enggan keluar dari rumah abang.

“Saya sudah buat laporan kepada Pejabat Agama Islam Jajahan Tanah Merah, namun masih tiada tindakan dijalankan. Perkara ini bukan lagi soal peribadi kerana ia sudah melibatkan kesucian agama Islam,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 12-12-2025 11:36 PM
Tak tahu nak komen apa...
Cetek sangatkah pengetahuan agamanya?
Quote sharlenetexas 12-12-2025 11:43 PM
Setahun korang berzina.


Quote dua_chzy 13-12-2025 01:29 AM
Pompuan tu lahir 90an. Dasar Gen Z. Haha.
Quote nono86 13-12-2025 01:36 AM
Hubby no. 2 tak tertanya² ke mana bininya di malam hari? Kalau takde disiang hari tu boleh la kata laki no.1 keje jadi tak tau aktiviti siang hari bini, ataupun bini pegi kerja.
Quote sukacactus 13-12-2025 06:15 AM
Wah! Pasang 2
Kuat betul dia ye
Quote doubleA 13-12-2025 10:59 AM
Dasyat, kt malaysia pun jadi mcm ni, tak kantoi pulak selama setahun tu
Quote edayildiz 13-12-2025 02:50 PM
eh mcmana blh jd gini..gila ke org skrg..
mcm nk maki je sbb tgh sedih baca plak cite gini huhu
Quote edayildiz 13-12-2025 02:51 PM
dua_chzy replied at 13-12-2025 01:29 AM
Pompuan tu lahir 90an. Dasar Gen Z. Haha.

gen z strt 97 ok huhu..akk tu i syak 90
gen millienial problem
Quote awanearisu 13-12-2025 02:58 PM
Selayaknya untuk golongan yang ambil mudah hal nikah kahwin dan suka pilih jalan penyelesaian di Songkhla.

Ada sebablah kenapa urusan nikah kahwin diperketatkan.
Quote kakikuDibibirmu 13-12-2025 05:20 PM
Nak kahwin diperketatkan. Nak berzina dipermudahkan. Pening kepala akak dibuatnya
Quote KamikuP 15-12-2025 11:37 AM
Dahsyat pompuan ni, malam dicelup laki lain, siang dicelup laki lain.. aahgitohh
Quote supernaturalee 15-12-2025 03:24 PM
KamikuP replied at 15-12-2025 11:37 AM
Dahsyat pompuan ni, malam dicelup laki lain, siang dicelup laki lain.. aahgitohh

sok ada berhasil anak jenuh

mana 1 bapaknya

udah mcm donna dlm mamma mia!


Quote iolss 24-12-2025 06:12 PM
cane ble kantoii

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.352918 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top