CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Jemputan kahwin 1963, siap tulis pekerjaan pengantin

10-12-2025 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4641| Komen: 48

 


PETALING JAYA – Sekeping kad jemputan kahwin bertarikh 1963 mencuri perhatian orang ramai apabila memaparkan dengan lengkap bukan sahaja nama pengantin, malah pekerjaan mereka serta beberapa ahli keluarga terdekat.

Menerusi hantaran dimuat naik @Roslan.taib di aplikasi Thread, kad berwarna krim dengan tulisan biru itu menjemput tetamu ke majlis perkahwinan Che’ Khadijah Jamid, yang tertera sebagai Guru Dewasa Pulau Tiga, dengan pasangannya Enche’ Osman Yeop dari Pejabat Kesihatan Teluk Anson.

Majlis yang berlangsung di Kampong Bharu, Pulau Tiga pada hari Khamis, 15 Ogos 1963 itu turut menyenaraikan ‘Peratoran Majlis’ dengan terperinci iaitu jamuan nasi dari pukul 1 hingga 3 petang sebelum acara bersanding pada pukul 4 petang.

Lebih menarik, di bahagian bawah kad tercatat senarai ‘yang berharap’ terdiri daripada ahli keluarga seperti Yeop Pandak Manan dari Pejabat Kastam Teluk Anson serta beberapa nama lain lengkap dengan sebutan kampung masing-masing.


Pengguna media sosial rata-rata teruja melihat gaya bahasa Melayu lama yang digunakan seperti “ka-pondok kami”, “di-persilakan” dan ejaan gelaran “Enche’”.

Selain itu mereka juga mengakui kagum kerana jemputan pada era tersebut begitu teliti sehingga menyatakan kerjaya pengantin.

Ramai turut menyifatkan kad itu sebagai dokumen bersejarah yang bukan sahaja menyimpan momen bahagia pasangan pengantin, malah menjadi rakaman suasana dan budaya masyarakat Melayu lebih 60 tahun lalu.

“Betul dulu memang tulis pekerjaan. Kad kahwin mak saya dulu pun macam itu,” komen Alia Marini.

“Kenapa sekarang tak dikekalkan perkataan Enche’ tu. Lebih bergaya dan tepat bunyinya. Sekarang eja Encik tapi sebut ‘Enche’ jugak. Sama juga dengan Che’ dan Cik,” komen Salmi.

“Oh macam tu rupa kad kahwin orang dulu-dulu, siap sebut pekerjaan lagi. Nasib baik orang zaman sekarang tak buat kad kahwin macam tu. Kalau tak kerja nak tulis apa,” komen Izzu pula. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-12-2025 11:42 PM
Sekarang pun ada lagi apa, cuba tengok kad kahwin org india tak pun obituary.

Dulu2 org letak pekerjaan sekali bukan sbb nak menunjuk tp supaya org tau anak siapa, siapa dia sbb mungkin dlm satu kampung ada 3-4 org nama sama.  Nanti kang x tulis kasi terang sudah org ingat si osman tu kawin dua, padahal yg kawin si bujang osman pejabat kesihatan teluk anson bukan nya osman pejabat pos teluk anson lakinya aminah.  Ha gitu gen x menerangkan.
Quote Skuau 10-12-2025 11:48 PM
Abu bin kassim kerja...711.
Minah binti Ali kerja familyMart.
                     
Quote silance 11-12-2025 12:20 AM
Sekarang boleh tambah :
Pengantin pompuan =warganegara
Pengantin jantan =asing worang


Quote kemaruk 11-12-2025 12:29 AM
akan datang (kalau tak segera dibendung)

kassim = top
hashimah* = bottom

*atau dulunya dikenali sebagai Hashim sebelum tukar jantina

Quote tumpanglalu74 11-12-2025 01:46 AM
Kalo zaman sekarang boley juge wat gitu.

Pengantin pompuan: MUA
Pengantin laki: Youtuber

Wakakaka..
Quote Weller 11-12-2025 05:52 AM
Pernah nampak kad kahwin disertakan sekali booklet pengantin (details dari kecik sampai besor, korje apa, hobi apa etc). Mak pengantin super excited dapat menantu pilot, katanya lah. Cousin pada member, so layan dia gosip pasal family dia lah time tu. Huhuhu
Quote venom1 11-12-2025 06:55 AM
Ini baru dibuka sedikit keagungan budaya Melayu suatu ketika dulu
Quote jiwasemangat 11-12-2025 07:25 AM
Dia guna printer jenis apa di zaman 1963?
Quote A-Are 11-12-2025 07:50 AM
sama jelah dengan konsep sekarag kat nama depan letak Dr, Ir, TS...directly tahu kerja apa
Quote Ai_kiu 11-12-2025 07:52 AM
Ini kad kawen org2 kaya jaman itu...
Org2 biasa mana ada kad kawen roper itu
Quote plywood 11-12-2025 08:23 AM
Kalau masih hidup ornag ni mungkin dah 70an keatas..

kalau tak ada kerja.. mcm mana. aku rasa dia tak buat kad kot..

Rambo (Tentera)
Chun Li (Penganggur)

... ini susah ni, penganggur kena isytihar
Quote redz85 11-12-2025 09:06 AM
tulis sekali status sebelum nak kawin lagi ni

kawin kali ke berapa..
contoh.. bujang.. dara.. balu.. janda.. gantung tak bertali.. cina buta..


Quote makita 11-12-2025 09:12 AM
Samerosie replied at 10-12-2025 11:42 PM
Sekarang pun ada lagi apa, cuba tengok kad kahwin org india tak pun obituary.

Dulu2 org letak peker ...

Yg zaman skrg kad kwen org india siap tulis kelulusan dan pekerjaan. Patu kad kwen Melayu dari Riau siap tulis kelulusan. Bila dpt je kat kwen tu meols direct tanya ni resume ke kad kwen? Sengih terus member tu. Tapi meols percaya je benda ni pilihan individu lah kot.
Quote BungaKencana 11-12-2025 09:15 AM
aku suke lepak sini sbb komen2 acik porem.. terhibur betul baca
Quote smurfetz 11-12-2025 09:38 AM
BungaKencana replied at 11-12-2025 09:15 AM
aku suke lepak sini sbb komen2 acik porem.. terhibur betul baca

kannn... pastu mcm2 info tak related pun dapat
Quote chandrahusin 11-12-2025 09:46 AM
Jamil bin Abu (Usahawan & Tuan Rumah Sewa)
Rohani (bakal isteri no. 3)
Quote Samerosie 11-12-2025 10:03 AM
makita replied at 11-12-2025 09:12 AM
Yg zaman skrg kad kwen org india siap tulis kelulusan dan pekerjaan. Patu kad kwen Melayu dari Ria ...

Hahahaha kalau yg india punya mmbs university.l kasin in bold.

Tp dulu2 masa still ada suratkhabar suka baca kat belakang obituaries.  Dari tak kenal, jadi kenal semua nama anak menantu dgn cucu kerja apa.
Quote Samerosie 11-12-2025 10:07 AM
jiwasemangat replied at 11-12-2025 07:25 AM
Dia guna printer jenis apa di zaman 1963?


Printer manual chuols macam ni.  Balik rumah berlumuih muka dgn ink.
1000086930.jpg
Quote Samerosie 11-12-2025 10:10 AM
plywood replied at 11-12-2025 08:23 AM
Kalau masih hidup ornag ni mungkin dah 70an keatas..

kalau tak ada kerja.. mcm mana. aku rasa dia  ...

Kalau x de kerja, kawin koboi chuols.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.307718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top