CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pelancong warga India dikecam letak kaki ‘busuk’ atas kerusi bas

5-12-2025 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1365| Komen: 5

 


BANGKOK – Seorang pelancong warga India menerima kecaman orang ramai selepas dirakam meletakkan kedua-dua kakinya yang berbau di atas tempat duduk hadapan semasa menaiki bas di Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Ketika kejadian baru-baru ini, bas tersebut dalam perjalanan ke Phuket dari Trang. 

Rakaman video seorang penumpang lain yang dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki terbabit menanggalkan kasut dan meletakkan kakinya di atas sandaran tempat duduk hadapan. 

Meskipun banyak tempat duduk kosong dan hanya beberapa penumpang berada di dalam bas, perakam menyifatkan tingkah laku pelancong tersebut sebagai tidak beradab. 

Perakam turut berkata, kaki lelaki tersebut mengeluarkan bau busuk sehingga mengganggu penumpang lain. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial Thai. 


“Kaki berbau di dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang lucu. Ia membuat orang sakit,” kata seorang netizen. 

“Berikan dia buku tentang adab yang betul,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 5-12-2025 03:03 PM
hihi...
Quote airfilterkotor 5-12-2025 06:50 PM
Ini kalau bas brek mengejut (sampai bas pegun) memang sedap la kau terperosok bawah seat.
Quote Skuau 5-12-2025 08:49 PM
Kat Msia..tak menyempat dia buat pasti dah kena simbah ayaq...
Quote noor2 5-12-2025 09:08 PM
Moga ada org Thai tangkap beliau dan keluarkan organ untuk pasaran gelap
Quote PULANGKAN 6-12-2025 01:20 AM
Skuau replied at 5-12-2025 08:49 PM
Kat Msia..tak menyempat dia buat pasti dah kena simbah ayaq...

ada jugak. iols terkena beberapa tahun lepas. dengan pasang lagu loud speaker high volume ya tuhan.. bingit telinga. nasib la bas tu 2-3 jam je. driver tegur pun tak jalan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.254755 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top