CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ada cara nak kenal suami gay, biseksual... Peguam syarie kongsi ciri-ciri berdasarkan pengalaman kendali kes

4-12-2025 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2926| Komen: 40

 


ISU dalam perkahwinan melibatkan suami mempunyai orientasi seksual terhadap lelaki kini menjadi topik hangat dalam masyarakat. 

Seorang peguam syarie di Terengganu, Syuhada Mzul berkongsi pengamatan profesionalnya berdasarkan kes-kes yang pernah dikendalikan, bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada wanita khususnya golongan isteri yang berdepan situasi ini.

Perkongsian ini bukan hasil kajian akademik, tetapi pemerhatiannya di lapangan dalam konteks undang-undang keluarga Islam di Malaysia.

Fahami perbezaan gay, biseksual dan MSM

 

Menurut Syuhada, orientasi seksual gay merujuk kepada lelaki yang tertarik kepada golongannya sahaja, manakala biseksual tertarik kepada lelaki dan wanita. 

Dalam perubatan, terdapat kategori MSM (men who have sex with men) iaitu lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki kerana jenis hubungan ini dikaitkan dengan risiko jangkitan penyakit yang lebih tinggi.

Tambahnya, orientasi semata-mata bukan punca penyakit, namun tingkah laku seksual berisiko boleh membawa kepada jangkitan seperti HIV dan STI.

Dalam beberapa kes, suami yang mempunyai tarikan seksual kepada lelaki boleh menjejaskan hubungan dengan isteri, antaranya:

1. Tidak mampu atau tidak cenderung menjalinkan hubungan kelamin dengan isteri (nafkah batin terabai)

2. Memberi nafkah zahir seperti biasa, malah menjaga keluarga dengan baik

3. Tetap menjaga reputasi sosial kerana stabil dalam pekerjaan dan dihormati masyarakat

Keadaan ini menyebabkan ramai isteri memilih bertahan atas pelbagai sebab, antaranya berharap suami akan berubah, tekanan keluarga dan stigma masyarakat, amat bergantung kepada kewangan suami serta kekurangan bukti yang jelas.

Ada juga kes di mana isteri mengalami tekanan emosi yang berpanjangan kerana hubungan rumah tangga tidak dapat dijalani seperti sepatutnya.

Hubungan seksual berisiko antara lelaki boleh meningkatkan kecederaan (bernanah dan membusuk) dan pendedahan kepada jangkitan yang boleh dipindahkan pada pasangan wanita melalui hubungan kelamin biasa.

Oleh itu, Syuhada menasihatkan isteri yang berdepan situasi sebegini agar mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta bertanya mengenai rawatan ARV, PrEP atau PEP di hospital kerajaan bagi individu yang berisiko atau telah dijangkiti.

Menurut Syuhada, mengesahkan orientasi seksual seseorang bukan semudah mengesan suami curang dengan wanita tetapi pola kelakuan yang konsisten sehingga menimbulkan keraguan.

Antara pola yang sering menimbulkan keraguan termasuk:

1. Menolak hubungan intim secara berulang tanpa sebab munasabah.

Tiada keinginan fizikal malah tiada sentuhan mesra dalam tempoh sangat panjang.

2. Lebih tertarik secara emosi yang luar biasa kepada lelaki tertentu.

Bukan sekadar rapat, tetapi perhatian yang melampaui hubungan persahabatan biasa.

3. Kecenderungan kepada kandungan pornografi lelaki secara konsisten

Sejarah carian di laman sesawang yang kerap dan berulang (bukan terklik secara tidak sengaja).

4. Akaun atau aplikasi rahsia untuk berhubungan dengan lelaki

Menggunakan aplikasi sosial tertentu di platform media sosial untuk berinteraksi dengan individu lelaki lain.

5. Hilang tanpa alasan yang kukuh

Sering keluar malam, bertemu 'kawan lelaki' secara sangat rahsia dan tidak memberi penjelasan jelas.

6. Kurang berminat terhadap penampilan isteri tetapi menjaga penampilan sendiri untuk dilihat lelaki

Berhias berlebihan, mencari 'validation' (pengesahan) daripada lelaki lain.

Syuhada menegaskan bahawa tanda-tanda ini bukan bukti muktamad, tetapi boleh menjadi petunjuk awal bagi isteri untuk menilai semula keadaan rumah tangga.
 

Sumber: mStar Online 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-12-2025 10:30 PM
Cerai je lah.

Kat bodgos dari dulu dah ada contoh. Bella dally vs nazim. Zara zya putus tunang. Cep tersohor.


Quote stingerkaypoh 5-12-2025 04:51 AM
7. Sokong Najib secara berlebihan.. x der ke? Macam sorang si kimakruk tuuu
Quote tungkai 5-12-2025 08:49 AM
How about lesbo?
Quote A-Are 5-12-2025 09:02 AM
seram ya zaman sekarang...dulu2 risau suami diambil penyondol perempuan...now risau disondol lelaki...huhu..payah jd perempuan, ramai xkawen lg..now dgr ramai plak lelaki gay..
Quote KamikuP 5-12-2025 09:04 AM
Lesbo cat diniding apa kriterianya cuoolss?
Quote mclaren 5-12-2025 09:07 AM
Tajuk sebut bi tapi ciri2 hanya babitkan homo je. Yg anything goes tu, both ways jalan, memang susah nak tahu. Sebab on je tak kira gender mana pun.
Quote BawangCaramel 5-12-2025 09:21 AM
Quote edayildiz 5-12-2025 10:09 AM
KamikuP replied at 5-12-2025 09:04 AM
Lesbo cat diniding apa kriterianya cuoolss?

lesbo xpemes sbb dorg xbuat keja coverina mcm gayah
Quote kemaruk 5-12-2025 10:22 AM
Isteri yang ada suami gay/bi, bersabarlah.. siapa tahu satu hari suami akan jadi manager bank, ceo syarikat,  pemimpin rakyat etc
Quote FOTHER-MUCKER 5-12-2025 11:37 AM
Kenapa ianya berlaku?

1. Tidak mampu atau tidak cenderung menjalinkan hubungan kelamin dengan isteri (nafkah batin terabai)
Quote TeropongThaico 5-12-2025 01:29 PM
Tanda2 sblm kawin takde ke? Lg baik kalau dpt elak sblm terpaksa sandang tittle jande
Quote sharlenetexas 5-12-2025 01:53 PM
tungkai replied at 5-12-2025 08:49 AM
How about lesbo?

Pakai t shirt polo rambut pendek. Body pendek gemuk gundu kepam bercakap acah2 jantan. Iger chee howe netz pernah kata dia dress up macam kakpeng nama abang zack.





Quote sharlenetexas 5-12-2025 02:04 PM
edayildiz replied at 5-12-2025 10:09 AM
lesbo xpemes sbb dorg xbuat keja coverina mcm gayah

[ig]https://www.instagram.com/reel/DOTWCrME-bY/[/ig]


Quote Kitty_catz 5-12-2025 02:23 PM
check nonek.. if size 2B probability gayah

sbb senang nak tembus lubang najis

Quote Prickford 5-12-2025 02:41 PM
A-Are replied at 5-12-2025 01:02 AM
seram ya zaman sekarang...dulu2 risau suami diambil penyondol perempuan...now risau disondol lelaki. ...

Macam dulu, lecturer iolls, isterinya disondol pempuan. Bini lari ikut pengkid. Isterinya lahai, cantik betul. Serabut lecturer iolls masa tu sebab bini blah gitu, tinggalkan dia dan anak2. Now lecturer iolls dah bahagia dgn isteri baru.
Quote amyza 5-12-2025 06:30 PM
Hanya golongan gay je yg tau tengok ????
Member i dari zaman sek then uni now keje, masih lagi dgn aktiviti nye. Dulu minat foreigner, skrg local jer. Tapi dia tak join lah group pelik² tu
Yg foreigner tu betul² tak sangka, muka ganass kemain tatoo penuh badan tapi bottom. Aiyooo
Quote Decaffeinated 6-12-2025 11:24 AM
gay pun ada banyak sub-category. yg acik2 tau top dan botem ja. itu hanya sex position tak masuk lagi bab hati e.g. anak2 ikan yang suka orang tua. Manusia ni kompleks.
Quote B40tastePosh 6-12-2025 12:10 PM
TeropongThaico replied at 5-12-2025 01:29 PM
Tanda2 sblm kawin takde ke? Lg baik kalau dpt elak sblm terpaksa sandang tittle jande

Sebelum kahwin,

1. Mata suka tengok lelaki
2. Suka makan benda benda masam..
3. Suka pakai seluar ketat.
4. Suka joging untuk naikkan bontot.
5. Gaya sujud, kalau melentik bottom.
6. Gaya duduk kalau kangkang top
7. Tak suka mengaji.
8. Gelisah bila dibacakan Surah Al Jin dan Al Hasyr.
Quote TeropongThaico 6-12-2025 01:33 PM
B40tastePosh replied at 6-12-2025 12:10 PM
Sebelum kahwin,

1. Mata suka tengok lelaki

Baik tqtq... Jab aiol nak perturunkan kat anak. Dia byk kawan gay tp aiol tak yakin kot nnt gaydar anak aiol function ke tidak bila sampai masanya nnt

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033824 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top