|
TERBUKA berkongsi kisah peribadi, penyanyi Jackson Wang tidak malu bercerita secara terbuka mengenai perkara yang dilakukan sebagai jejaka yang masih belum mempunyai pasangan hidup. Dalam satu temu bual, Jackson, 31, berkata dia mendapatkan 'kepuasan' secara sendirian selepas perkenalan dengan beberapa individu berakhir tanpa hubungan yang serius. Meskipun tidak menyatakan secara langsung, rata-rata peminat sudah dapat meneka maksud sebenar di sebalik kata-kata penyanyi itu yang merujuk kepada perbuatan onani. "Orang datang dan pergi... kebanyakan masa saya selesaikan sendiri. Saya juga manusia biasa. Saya ada keperluan peribadi," katanya.
Kenyataan Jackson itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat termasuk rasa kurang senang kerana statusnya sebagai seorang selebriti. Namun ramai juga yang terhibur dengan sikap terbuka Jackson apabila berkongsi hal yang terlalu peribadi. Sementara itu, menyentuh mengenai kriteria pemilihan pasangan hidup, anggota kumpulan Got7 ini memberitahu dia lebih mengutamakan keserasian ketika bersama dengan seseorang yang istimewa. "Saya tak ada standard. Asalkan anda seorang manusia, itu pun sudah cukup "Apa yang penting kita boleh serasi. Benda macam ini tak boleh ditentukan dengan standard pun," ujarnya. Sumber: mStar Online |


ADVERTISEMENT