|
Melaka: Sukarelawan banjir, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mengakui hatinya tertutup untuk memikirkan soal jodoh selepas berlaku satu insiden pada 17 November lalu yang membuatkan dia berhenti berharap kembali bersama bekas isterinya. Azwan, 33, berkata, sebelum kejadian itu, dia masih menyimpan harapan untuk memperbaiki hubungan mereka selepas bercerai, namun peristiwa berkenaan membuatkan dia menerima bahawa hubungan itu tidak lagi dapat diselamatkan. "Tipulah kalau saya cakap lepas bercerai tak ada rasa sayang. Bulan lalu pun masih ada. "Tapi selepas 17 November, ada satu insiden yang saya tak boleh terima, jadi dari situ hati saya terus tertutup, tak jadi rujuk bekas isteri," katanya. Azwan berkata, selepas pemergian bapanya, Allahyarham Omar Pilus, 74, pada Julai lalu, fokusnya kini hanya menjaga ibu selain meneruskan misi bantuan banjir seperti biasa.
Dalam masa sama, dia turut kesal dengan dakwaan bekas isteri yang mendakwa dia tidak telus menggunakan dana NGO, termasuk kononnya membeli bot dan enjin baharu untuk dirinya. Katanya, disebabkan tuduhan itu, dia memilih tidak lagi mengumpul dana awam, sebaliknya bergerak sepenuhnya bersama sebuah NGO, MyFundaction tanpa membuka sebarang tabung sumbangan. "Saya baru balik dari misi bantuan banjir di utara termasuk Perlis, semua guna saluran NGO dan saya tak buka kutipan dana seperti sebelum ini," katanya. Sementara itu, bekas isterinya, Evanoza Zakaria, 42, atau mesra disapa Eva, ketika dihubungi berkata, dia juga kecewa apabila Abang Viva kembali menularkan isu lama yang sudah berlaku sejak 2023 sekali gus dianggap perbuatan yang mengaibkan. "Harap dia 'move on' sebagai ibu tunggal saya cuma nak fokus besarkan anak-anak yang masih belajar," ujarnya. Baru-baru ini tular pertelingkahan antara pasangan itu di media sosial hingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan kedua-duanya supaya tidak membuka aib dan memilih jalan terbaik menyelesaikan kemelut berkenaan. Azwan dan Eva bernikah pada 14 Oktober 2022 dalam majlis ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah, namun bercerai pada 13 Mac lalu kerana tiada persefahaman. Sumber – Harian Metro |
ardent91 replied at 4-12-2025 06:12 PM
abg viva ni sebelum kawen ngan pompuan tu memang bujang or duda jugak?
missHIJAU replied at 4-12-2025 08:48 PM
lantak kau situ nk tertutup ke nk mereput ke.kalau kawen lagi buat naya anak org je dpt biawak pemal ...
sharlenetexas replied at 4-12-2025 10:17 PM
Dia dah tak kerja kilangkah?
obses_budak replied at 5-12-2025 12:38 AM
Memg selekeh btl jantan ni..cm muka org tak mandi... Eva pun nmpk biasher2 jr cm acik2 antau anak se ...
KamikuP replied at 5-12-2025 10:16 AM
Wahh... @missHIJAU ni acik Eva kah atau sedara mara acik Evanoza ewahh... ekekek