|
JELI – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan teman wanitanya iaitu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Rabbana di sini pada Isnin lalu dipercayai tidak sempat melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta. Terdahulu, pasangan kekasih itu ditahan polis kira-kira pukul 3.30 petang pada hari tersebut selepas polis mengejar kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an mengambil mangsa di hadapan sekolah untuk pergi ke Lata Renyut di sini. Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan Kampung Sungai Rual di sini untuk melakukan hubungan seks dengan remaja itu di dalam kereta. “Remaja perempuan itu dipercayai dengan rela hati untuk melakukan perhubungan itu, namun terkejut dengan kehadiran pihak polis yang sedang melakukan rondaan.
“Justeru, polis mengingatkan orang awam agar mengelakkan sebarang perlakuan seksual di dalam kenderaan sama ada di kawasan awam atau tempat sunyi kerana ia boleh menimbulkan risiko jenayah dan implikasi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kamarulzaman memberitahu, lelaki itu akan ditahan semula dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksyal Terhadap Kanak-Kanak 2017. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Remaja perempuan itu dipercayai dengan rela hati untuk melakukan perhubungan itu,
prettyuglybabe replied at 4-12-2025 06:17 AM
masak la kena charge rogol..
Prickford replied at 5-12-2025 12:23 PM
Dalam artikel lain ada tulis usia pempuan tu 17 tahun dan mereka nak lakukan atas dasar suka sama ...
prettyuglybabe replied at 4-12-2025 02:17 PM
masak la kena charge rogol..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.214819 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.