CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

MPV buatan China ini boleh muat 42 orang

29-11-2025 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4286| Komen: 24

 

BEIJING – Sebuah van mini buatan China menempa nama dalam Guinness World Records selepas kenderaan elektrik jarak jauh (EREV) itu memuatkan seramai 42 orang, lapor portal berita Car News China. 

Geely Galaxy V900 mencatatkan rekod dunia untuk bilangan orang paling banyak yang dimuatkan dalam kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Percubaan memecahkan rekod dunia itu melibatkan kira-kira 42 penari wanita dengan purata ketinggian 170 sentimeter pada 27 Oktober lalu. 

Keluasan kabin Galaxy V900 adalah 8.41 meter persegi dengan jarak antara barisan tempat duduk melebihi 1 meter, manakala kadar penggunaan ruang mencecah 91.8 peratus. 

Model tersebut menampilkan dua varian berbeza iaitu enam tempat duduk dan lapan tempat duduk. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 29-11-2025 02:04 PM
Edited by B40tastePosh at 29-11-2025 02:22 PM

Masuk ikut belakang ke???

Kalau nak buat campervan, sesuai kalau orang yang mempunyai rumah saiz kecil je.

Kalau orang rumah besar, tak sesuai memilik campervan.

Orang yang suka travel mereka tak suka rumah besar.
Quote primarikey 29-11-2025 09:00 PM
Klu nk naik ramai2 baik beli bas
Quote sharlenetexas 29-11-2025 09:01 PM
Dah macam bas mini. Berapa harga?


Quote Jitu 29-11-2025 11:04 PM
video mana
setakat gambar sebelum baik tak payah
Quote MissVixen 30-11-2025 12:00 AM
Dah macam badut sarkas yang sumbat banyak2 dalam kereta kecik. Lepas tu semua badan fleksibel, boleh lipat sana sini.
Quote SalenaGomez 30-11-2025 11:06 AM
MissVixen replied at 30-11-2025 12:00 AM
Dah macam badut sarkas yang sumbat banyak2 dalam kereta kecik. Lepas tu semua badan fleksibel, boleh ...

Yaaa, ni mesti masuk padat2 macam sardin tu… dah laa badan keding2 … cer letak yg saiz L ke…nak tau bape org leh masuk
Quote vender 30-11-2025 11:40 AM
Van ni khas utk pemerdagangan manusia ke? People just care about how many seats available, and but letak barang..jadahnya cerita sampai 42 org..
Quote ultra78 30-11-2025 12:35 PM
Jitu replied at 29-11-2025 11:04 PM
video mana
setakat gambar sebelum baik tak payah

gimik aje

[youtube]t0I9g2KbLuo[/youtube]
Quote kotakbaju 30-11-2025 02:05 PM
ultra78 replied at 30-11-2025 12:35 PM
gimik aje

Ceh ingatkan betul le, jenuh pikiaq tadi sumbat celah mana lagi. Ingat macam van vanette yg dulu2 tu seat semua boleh buang letak luar, pastu pakat naik beramai2 dok bersila kat belakang tu. Meols le dulu tu time kecik2 ikut arwah mak ayah join naik van orang kampung pi kenduri beramai2
Quote sharlenetexas 30-11-2025 02:24 PM
SalenaGomez replied at 30-11-2025 11:06 AM
Yaaa, ni mesti masuk padat2 macam sardin tu… dah laa badan keding2 … cer letak yg saiz L ke…nak ...

Nampak sangat tak selesa.


Quote kemaruk 30-11-2025 03:57 PM
Korang perasan tak

Kalau korang naik kereta, korang boleh duduk dekat kerusi pemandu dan boleh sentuh pintu kiri dan kanan dengan mudah

Tapi kalau korang naik bas, kalau korang duduk dekat kerusi paling kanan, korang takkan dapat sentuh tingkap kat belah kiri.. jaraknya jauh sangat

Sedangkan kalau di atas jalan, lebar kereta dan lebar bas beza sedikit je.. bas muat dalam 1 lane, kereta pon muat jugak

Kenapa camtu eh? Bila masuk dalam beza jaraknya jauh sangat

Hidup ini hanya ilusi?
Quote telracs 30-11-2025 04:04 PM
kemaruk replied at 30-11-2025 03:57 PM
Korang perasan tak

Kalau korang naik kereta, korang boleh duduk dekat kerusi pemandu dan boleh sent ...

Haah laaaa....

Hmmm...
Quote kemaruk 30-11-2025 05:57 PM
telracs replied at 30-11-2025 04:04 PM
Haah laaaa....

Hmmm...

Pelican

Kalau tengok kereta atas jalan, makan 80% ruang lane jalan.. manakala bas dalam 90% ruang

Beza 10% je..

Tapi kalau masuk dalam bas, luas nya jauh sangat berbeza dari masuk dalam kereta.. takkan bexa 10% tu je kan.. dari dalam, macam lebih 2 kali ganda lebarnya bas berbanding kereta

Bas ada kerusi untuk 2 orang belah kiri, 2 orang belah kanan.. SIAP ADA LALUAN LUAS UNTUK BERJALAN KAT TENGAH2..

Quote Jitu 30-11-2025 09:39 PM

dah agak dah tipu punya
rekod GWR pun skrg ni bkn blh percaya lps dorang buat kena bayar sape yg nak mohon
Quote JahLupa 30-11-2025 10:01 PM
Buktikan. Bideo mana bideo
Quote supernaturalee 1-12-2025 07:59 AM
MissVixen replied at 30-11-2025 12:00 AM
Dah macam badut sarkas yang sumbat banyak2 dalam kereta kecik. Lepas tu semua badan fleksibel, boleh ...

yuppp it is 'circus'



Quote midori888 1-12-2025 08:46 AM
Kalu 42 org dah mcm bus...besar bus ke MPV tu?
Quote plywood 1-12-2025 08:53 AM
keretapi pula, india dan bangladesh pemenang .. guinesss world of records pun surrender haha







Quote nisako 1-12-2025 11:36 AM
mak aaaaaii

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.103033 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top