CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Konsert Inul Daratista Live in Malaysia ditunda, tarikh & lokasi baharu akan dimaklumkan

25-11-2025 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 604| Komen: 2

 


Konsert Millennial Dangdut Nusantara Inul Daratista Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 6 Disember depan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang, diumumkan ditunda ke tarikh dan lokasi baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Penganjur, dalam satu kenyataan, berkata keputusan tersebut dibuat selepas menilai beberapa faktor penting termasuk pemilihan lokasi, perkembangan jualan tiket serta aspek keselesaan peminat yang menjadi keutamaan.

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa Konsert Millennial Dangdut Nusantara Inul Daratista Live in Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember 2025 di Setia Spice Arena ditunda ke satu tarikh dan lokasi baharu yang akan diumumkan.

"Keputusan ini diambil selepas meneliti beberapa faktor termasuk lokasi, jualan tiket serta keselesaan peminat demi memastikan penganjuran konsert berjalan lancar dan memberikan pengalaman terbaik," katanya.


Dalam masa sama, penganjur memaklumkan proses pemulangan wang (refund) akan dibuka dalam masa terdekat.

"Bagi pemegang tiket dalam talian, proses pemulangan boleh dibuat mulai 1 hingga 30 Disember ini.

"Walaupun konsert ditunda, pertandingan Millennial Dangdut Idol Karaoke 2025 tetap diteruskan seperti dirancang tanpa sebarang perubahan," katanya lagi.

Sebelum ini, Inul hadir pada sidang media konsert berkenaan dan berkongsi rasa teruja untuk kembali ke Malaysia selepas hampir dua dekad tidak mengadakan konsert berskala besar di sini.

Inul turut mengumumkan bahawa beliau akan bergandingan dengan penyanyi Amelina dan Baby Shima dalam konsert yang dianjurkan oleh Fajar Baiduri Empire serta disokong oleh Istana Budaya melalui Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Bagi penyanyi dangdut tersohor itu, kehadiran semula ke Malaysia sudah lama dinantikan memandangkan kali terakhir beliau beraksi di pentas besar ialah pada 2007 di Stadium Malawati, Shah Alam menerusi Konsert Rentaq Serantau bersama Datuk Amy Search, Ella dan Radja.

Sebelum itu, Inul pernah menjayakan Konsert Fenomena Dangdut di Stadium Merdeka pada 2005 serta membuat persembahan di Genting Highlands pada 2006.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 26-11-2025 06:11 AM
gelek dalam air banjir

musim2 banjir wei, air naik sana-sini
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:11 PM
Ada ke yang sanggup pegi konsert dia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.134247 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top