|
Syarikat gergasi minyak terkemuka, Petronas, menjadi bualan peminat bola sepak tanah air apabila entiti yang dikenali dunia itu menjadi penaja utama saingan liga bola sepak Bangladesh. Pengumuman itu tular di media sosial sejak malam tadi, dan menarik perhatian penyokong tempatan sambil memberikan pandangan masing-masing. Melalui satu hantaran rasmi mengesahkan bahawa syarikat nasional itu diumumkan selaku penaja utama menjelang musim hadapan yang dijadualkan bermula hari ini dengan penglibatan lapan pasukan. Begitupun, jumlah pelaburan tidak didedahkan. Dalam industri sukan, Petronas terkenal dengan penajaan gah dalam arena Formula 1 bersama Mercedes-AMG yang menyaksikan banyak kejayaan dihasilkan menerusi kerjasama itu. Tidak dilupakan, Petronas merupakan rakan strategik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan rekod penajaan paling tertinggi dalam sejarah. Sumber – Stadium Astro |