|
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar tampil memberi teguran bagi segelintir wanita yang berpakaian tidak memenuhi syarak dalam menutup aurat. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ustaz Wadi menegur wanita bertudung agar menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang bertudung, tutuplah aurat dengan sempurna. Tengkuk, anak rambut dan cuping telinga juga adalah aurat yang wajib ditutup. Terima kasih atas teguran Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih atas teguran yang dibuat Ustaz Wadi agar lebih ramai wanita yang istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
Sumber: Threads @ustazwadiannuar, Oh Bulan |
eyansss replied at 21-11-2025 10:56 PM
pusat perut boncit, kepala lutut, paha lelaki pun aurat gak…. sila tegur kaum ko jugak…