Oleh Adib ZA Biasa tak, rakan kita di facebook atau instagram, tiba-tiba kita dapati dia unfollow atau unfriend kita?
Sebenarnya ia mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Menurut Christopher Sibona, PhD, pengkaji di Universiti Colorado yang mengkaji mengapa seseorang itu memutuskan tali persahabatan di laman facebook. Berikut adalah beberapa alasannya: 1. Berbeza idea politik dan agama 2. Rasis 3. Topik yang sukar diterima Semestinya dua faktor pertama itu sangat jelas. Namun bagaimana dengan faktor ketiga?
Sebenarnya kita mempunyai pelbagai lapisan audien atau rakan di laman sosial, bukan? Ini termasuklah rakan sekolah, rakan sekerja, pensyarah, bos, keluarga dan sebagainya. Setiap kelompok ini mempunyai pandangan berbeza terhadap perilaku anda. Bagi sesetengah orang, mereka cuba membuatkan semua orang berasa senang dan selesa dan semua posting di facebook. Sebaliknya, sesetengah orang tanpa memikirkan kepercayaan orang lain, dia memuatnaik status sesukanya. Itu yang membuatkan sesetengah atau audien berasa tidak selesa, lalu menekan butang unfriend. Jadi, yang mana satu pilihan anda? - CARI Infonet (Sumber foto: Carian google)
|
ADVERTISEMENT