|
GARA-GARA terlalu seronok melakukan hubungan intim, implan payudara yang dipasang penyanyi dan personaliti televisyen iaitu Kerry Katona dilaporkan terkoyak. Disebabkan itu, Kerry, 45, terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi bagi membetulkan payudaranya. "Jahitan itu pecah semasa kami sedang berasmara, tapi ia memang berbaloi untuk saya," katanya. Jelas Kerry, doktor memintanya untuk berehat daripada melakukan aktiviti berat selepas terpaksa menjalani pembedahan kelima itu. "Saya kini perlu berehat. Saya dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti atas nasihat doktor," katanya. Dalam masa sama, Kerry turut memuji kekasihnya iaitu Paolo Margaglione kerana banyak memberikan sokongan sepanjang proses pembedahan dan pemulihan. Untuk info, ini merupakan pembedahan kelima Kerry selepas menjalani prosedur breast uplift berserta implan pada Ogos lalu. Sumber : mStar |
ADVERTISEMENT