CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Video reunion tular, netizen bandingkan wajah Nicholas Saputra dengan rakan sekolah

19-11-2025 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5648| Komen: 6

    


PELAKON Nicholas Saputra mencuri perhatian ramai apabila video pertemuan semula (reunion) bersama rakan-rakan sekolahnya viral di media sosial. 

Menerusi video tular tersebut, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu disambut meriah oleh rakan-rakan lamanya, malah mereka dilihat tidak segan memberikan pelukan mesra kepada aktor berusia 41 tahun itu.

Meskipun sudah lama tidak bertemu, hubungan Nicholas dan rakan-rakan sekolahnya dilihat begitu akrab sekali gus masing-masing dilihat mengimbau kembali zaman persekolahan. 

Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah penampilan Nicholas yang dikatakan masih awet muda meskipun usianya sudah memasuki awal 40-an. 

Rata-rata netizen berseloroh membandingkan wajah Nicholas dengan rakan-rakan sekolahnya itu. 

"Umur makin berusia tetapi kenapa muka dia (Nicholas) tidak tua-tua ya, caranya seperti menziarahi rumah makcik dan pakcik pula. 


"Gaya dia (Nicholas) seperti cucu pertama yang pulang ke rumah disambut oleh pakcik dan makcik," tulis netizen. 

 

Sementara itu, ramai juga membuat andaian bahawa rahsia awet muda Nicholas adalah gaya hidup sihat yang diamalkannya, selain faktor genetik dan rupa parasnya yang memang tampan sejak dulu.

"Nicholas nampak kekal muda mungkin kerana dia jaga makan dan selalu bersenam, disebabkan itu wajahnya selalu tenang saja. 

"Dari dulu lagi memang Nicholas seorang yang kacak, tak hairanlah sampai tua pun dia masih tampan," tambah netizen. 

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 19-11-2025 11:40 AM
Biasa je aku tgk ..xnmpk awet muda pun..
Quote debab76 19-11-2025 03:21 PM
biasa je nyeh. mana yg handsome nya?
Quote PULANGKAN 19-11-2025 08:13 PM
iols pun ada sorang uncle camni. dah tua, tapi nampak muda macam 20- awal 30'an. wife dia pun sama nampak muda. sembang dengan anak, anak buah, nampak macam adik-beradik

yang pasti, diorang jaga makan. tak pernah tengok diorang gemuk, overweight pun tak. jaga berat, jaga diet, jaga BMI. semua sihat-sihat, takde penyakit
Quote binisupir 19-11-2025 10:07 PM
Rasa dah tua lagi better dr dulu
Quote ardent91 24-11-2025 12:55 PM
L.U.S.M replied at 19-11-2025 11:40 AM
Biasa je aku tgk ..xnmpk awet muda pun..

dorg pergi compare dgan rakan2 sekelas nicholas tu.. rakan2 sekelas die skrg mmg nampak kertu abes.. so dierlah yg nmpak x tua sangatnyer..
Quote samuel67 8-12-2025 09:53 PM
Sometimes it’s all about comparison—someone can look younger simply because their classmates have aged faster. It reminds me of browsing the tomato – animes site, where the clean visuals stand out more clearly when compared to other platforms. Perspective really changes everything.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.073185 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top