CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

“Dah biru budak tu!” - Wanita terjun kolam selamatkan budak 4 tahun hampir lemas... Mak ayah leka bersenam berdua-duaan di gim

19-11-2025 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6553| Komen: 21



LOKASI kolam renang yang berhampiran gimnasium membuatkan segelintir ibu bapa mengambil peluang untuk bersenam ketika anak-anak sedang bermain air.

Bagaimanapun tindakan membiarkan anak-anak bermain air di kolam tanpa pengawasan orang dewasa boleh mengakibatkan kemalangan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Berhadapan situasi yang sama, seorang wanita berkongsi pengalamannya menyelamatkan seorang anak kecil berusia sekitar empat tahun yang hampir lemas di kolam dipercayai di sebuah hotel.

Menurut wanita ini, kejadian berlaku pada pukul 7.15 malam ketika dia dan anak-anak sedang bersiap untuk naik semula ke bilik selepas mandi kolam.

"Anak aku tanya kenapa budak tu tak berhenti mandi. Jadi aku tanya budak tu mana mak ayah dia sebab aku nak naik bilik, anak aku yang baby pun dah menangis.

"Dia cakap mak ayah dia ada kat gim dan akan datang ambil.


"Tapi ketika aku nak masuk tandas tukar baju, anak aku jerit cakap budak tu terjun kolam besar," ujarnya berkongsi situasi di Thread.

Melihatkan situasi kanak-kanak tersebut yang dalam keadaan terbalik bersama pelampung, wanita ini terus terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa.

"Dengan baju blouse dan seluar... aku terus terjun ke dalam kolam setinggi 1.4 meter dan angkat budak tu.

"Dia tercungap-cungap, dah biru budak tu. Aku bawa ke tepi bantu dia muntahkan semula air dengan tepuk-tepuk di bahagian belakang," ujarnya yang turut mengimbau pengalaman hampir lepas suatu ketika dulu.

Insiden yang berlaku itu membuatkan kanak-kanak tersebut kelihatan lemah dan pucat lesi.

Susulan itu, dia membalut tubuh kanak-kanak terbabit dengan tuala dan membawanya ke gim.

"Mak budak tu tanya kenapa dengan anak dia.

"Aku pun terus cakap... anak korang lemas tadi. Korang dah kenapa biar anak mandi kolam sendirian.

"Dia speechless, suami dia datang dan cakap... kami ingatkan dia mandi kolam budak sebab tadi tengok dia di situ je," tambahnya lagi.

Dia yang masih bimbang dengan situasi berlaku terus menegur sikap ibu bapa kanak-kanak terbabit agar menjaga anak dan bergilir melakukan senaman di gim.

Menurut wanita ini, pasangan suami isteri terbabit kemudiannya memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

"Dua tahun lepas ada kejadian lemas di apartment rumah saya, puncanya ayah dia tinggalkan anak usia dalam enam tahun di taman permainan yang berhampiran kolam renang.

"Terima kasih sis sebab dah selamatkan satu nyawa. Beruntung awak sebab diberi peluang untuk dapat sebesar-besar pahala.

"Geramnya, kolam kanak-kanak pun bahaya, anak boleh terjatuh dan lemas... inikan pula kolam dewasa," demikian reaksi netizen.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 19-11-2025 09:41 AM
Badan berwajib tolong dakwa mak pak budak lemas ni. Kak yg viral kan kejadian ni mohon ke balai buat report polis dan jadi saksi.
Quote kuewTiau 19-11-2025 10:49 AM
gile la.boleh makpak tinggal anak macam tu je
dia expect akak ni tolong jagakan ke ape

Semalam iols jogging kat satu taman ni
tengah syok layan perasaan, tiba-tiba ada pakcik melaung/marah-marah kat seorang mak + anak dia - dua beradik perempuan

"sy salahkan awak sebagai mak sebab tak jaga anak!!"

setelah beberapa pusingan (tengah jogging kan) melalui mereka, iols dapat simpulkan
dua beradik ni buat cubaan untuk lemaskan anak kucing dalam longkang

iols ada nampak diorang depan toilet tapi iols assume budak-budak tu tengah main sama sendiri (area depan toilet, iols tak suka lalu situ)
nasib baik pakcik tu nampak dan marah sekali dengan mak dia terus kena marah (mak dia tengah briskwalk)



Quote shernazz 19-11-2025 10:52 AM
Sepatutnya salah sorang kena gi tengok
Mende bodo.sangat la
Quote Cassieopeia 19-11-2025 02:11 PM
ish baru 4 taun kot mmg suka air main terjun je la
Quote Samerosie 19-11-2025 02:14 PM
Malaysia most stupid award goes to...
Quote Skuau 19-11-2025 03:15 PM
...'Biru Mata Hitamku'...
Quote becir 19-11-2025 04:56 PM
nasib baik dapat kat akak tu..dpt kat i mau buat2 bodo tak carik parents katne call polis je terus..
Quote PULANGKAN 19-11-2025 08:24 PM
sorry, BUT NOT sorry, kalau kes melibatkan nyawa camni, Iols tak kira la ko tua ke muda, iols akan lempang laki bini. nak report polis? silakan. biar jadi kes besar sampai viral. biar semua orang tau betapa zalimnya korang berdua

setakat marah je diorang tak sedar. esok lusa buat lagi
anak dah meninggal, diorang upload status je kat media sosial

elok dakwa under pengabaian kanak-kanak
patut JKM amik je budak tu dari biar mak pak bodoh jaga
hangin aku
Quote sharlenetexas 19-11-2025 08:25 PM
Entah kenapa teringat drsay.


Quote sharlenetexas 19-11-2025 08:27 PM
kuewTiau replied at 19-11-2025 10:49 AM
gile la.boleh makpak tinggal anak macam tu je
dia expect akak ni tolong jagakan ke ape


Berani pakcik tu. Budak2 tu kecik2 dah aniaya kucing. Bakalan jadi psychopath. Good luck lah mak dia.


Quote binisupir 19-11-2025 10:02 PM
Ekceli ramai je mak pak macam ni. Leka dgn phone la, gymla ...
Quote Sazreena 20-11-2025 07:43 AM
Giler ke haper parents tu leh assume anak dia yg baru 4 tahun leh pk bahaya ke tak. Dah namanya budak. Kalau tak lemas pun, still bahaya kalau pedo tarik gi toilet or memana...dah tak pepasal budak tu jadi mangsa. Bodoh kuasa dua.
Quote kuewTiau 20-11-2025 10:14 AM
sharlenetexas replied at 19-11-2025 08:27 PM
Berani pakcik tu. Budak2 tu kecik2 dah aniaya kucing. Bakalan jadi psychopath. Good luck lah mak d ...

yup.bagus pakcik tu. satu taman dengar dia jerit (taman kecik je, satu loop dalam 400m)

budak-budak tu teresak-esak nangis, mak dia tengok jeok la, xde la macam sesetengah mak yang nk menangkan anak
budak kena marah macam gitu, biar terkesan kat hati.

semalam pergi, takde nampak dah budak-budak dan pakcik tu.


Quote chinta89 20-11-2025 10:18 AM
aku x tahu la parent zmn skg.. speechless aku tgk diorang entah ke mana menghilang, tp anak duk mandi kolam. aku nak mandi kolam dgn anak pun x senang sb tpksa jaga skali anak org lain... mcmna eh korang boleh tinggal anak mcm tu je kat kolam, lps tu blah entah ke mana2 lps tu setengah jam baru muncul balik? serius, aku x boleh terima urusan se urgent apepun kamu tinggalkan anak di kolam tanpa pengawasan dewasa dari kamu sbg parent????
Quote yenil95 20-11-2025 02:11 PM
mesti akal fikiran tak sampai mak bapak budak tu..
harap polis ambik tindakan kat parents macam ni.
Quote stania83 20-11-2025 05:18 PM
Jangan ingat kolam cetek tak boleh lemas ya.. dalam besen pon beleh. Budak bila muka dia tersemban dalam air dia tak boleh bangun dah.
Quote nurkasih74 22-11-2025 07:47 AM
Aku pernah gi theme park. Ada bdk kecik ni dlm 3,4 thn. Dok main kolam sorsng2. Aku ni lah dok ngekor bdk tu. Tskut jd apa2. Dia dok turun naik gelongsor tu. Sampaikan lifeguard pun dok cati parents diirg. Bawak bdk tu kat makpak diorg. Elok je maknya dok kat tepi jaga anak2 lain. Bspaknya..ghaib. Masa belum tau sapa parebts bdk tu aku dok cerita2 kat tepi kolam psl bdk tu. Sekali tu guard dtg bawak bdk tu kat org depan kitorg.. aisey.. tp bagus jugak kalau dia dengo.. geram aje org lain yg kena tgkkan.
Quote gekkou 22-11-2025 02:01 PM
malaysia tak pernah nya nk ambil tindakan pada ibu bapa cuai
lagi2 plak ramai yang guna statement 'ketentuan Allah' 'Dah sampai ajal' 'Dugaan untuk dia' 'Ini takdir' 'Tak kena kat batang hidup sendiri'

ramai yang menyokong
naik lemak lah mak bapak
Quote bottombikini 23-11-2025 03:28 PM
mujur tak mati
kalau mati confirm play victim
salahkan kondo segala
padahal korang tak layak beranak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042571 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top