CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Selesa kenal duda T20 usia 50 tahun, wanita tersentak diminta ikat peranakan jika jadi kahwin

17-11-2025 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2232| Komen: 46

Gambar hiasan AI





KEBANYAKAN pasangan yang sedang bercinta akan menjalani proses taaruf untuk saling mengenali pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Namun bagi seorang wanita, pengalaman berkenalan dengan seorang duda berusia 50 tahun meninggalkan dilema buat dirinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berusialingkungan 40-an itu mendedahkan, dia pernah ditanya oleh lelaki tersebut mengenai kesediaan untuk mengikat saluran peranakan, jika mereka sepakat untuk untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya taaruf dengan seorang lelaki berusia 50 tahun. Dia bekerja dalam syarikat MNC (multinasional). Kewangan stabil, status T20. Anak-anak dia dah besar. Gilir-gilir jaga anak denganex-wife.

"Kami berkomunikasi dengan baik. Soalan-soalan dia banyak berkisar tentang perkahwinan. Ada soalan yang senang untuk dijawab dan ada soalan yang memerlukan pemikiran dan penelitian yang agak lama sebelum menjawab.


"Saya masih ingat satu soalannya. Andai kata berkahwin, adakah awak terbuka dengan pilihan jika saya minta awak ikat peranakan? Alasannya sebab dia dah berusia dan tak nak ada anak lagi. Segala kos pemeriksaan dan prosedur akan ditanggung," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

Mengakui agak terkejut diajukan soalan sedemikian, wanita iniberkata situasi tersebut membuatkan dirinya dalam dilema untuk meneruskan perhubungan.

"Masa tu, serius tak tau nak jawab apa. Tak pernah dapat soalan macam ni sebelum ni. Kita pula belum pernah kahwin.

"Masa ni ada rasa soalan dia ni macam tak wajar untuk ditanya. Ada juga rasa dia macam pentingkan diri, fikir pasal diri dia sendiri sahaja. Kalau ditanya kepada anda, apa yang akan anda jawab?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan netizen.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur, namun rata-ratanya meminta wanita berkenaan mempertimbangkan kembali hubungannya bersama duda tersebut.

"Tanya dia balik. Beritahu, saya nak anak, yang tak nak anak tu awak. Kalau awak mati, siapa nak jaga saya? Awak ada anak, saya tak ada anak.

"Ikat peranakan tanpa sebab kesihatan adalah haram. Soalan dia tu saja dah cukup untuk decide patut teruskan atau tak relationship awak ni. Melainkan awak tak kisah pasal hukum Allah.

"Dia patut cari balu atau janda yang umur almost 50 yang memang tak nak anak dah, jangan ambil yang muda," antara komen netizen.

Sumber: – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 17-11-2025 03:04 PM
Risau anak kena DS kot sbb pegnen usia lanjut
Quote midori888 17-11-2025 03:10 PM
simple, he don't luv the gal...
Quote uda 17-11-2025 03:37 PM
Kenapa lelaki tu taknak buat dan suruh wanita tu pulak yang buat sebab dia yang taknak anak
Quote Decaffeinated 17-11-2025 04:05 PM
As much as I can understand his reason, aku tetap rasa lelaki ini tak sesuai for you. He is only looking for a sleeping partner, and probably a maid.

Cari lain ja lah.
Quote orangbiasaje 17-11-2025 04:36 PM
uda: Kenapa lelaki tu taknak buat d ...


Setuju. Instead of perempuan kena ikat peranakan, biar dia buat vasectomy, pastu baru tanya perempuan tu; kamu mungkn tak dapat anak dengan saya, sudi ke?
Quote Prickford 17-11-2025 04:49 PM
SalenaGomez replied at 17-11-2025 07:04 AM
Risau anak kena DS kot sbb pegnen usia lanjut

Yelah kan. Wanita tu pon usia 40an, laki tu 50an. Penah baca DS ni ikut faktor usia ibu. Austism plak ikut faktor ayah.
Quote ifanonline 17-11-2025 05:04 PM
laki ni kena pandai la pancut luar...asyik nak pancut dlm aje...lemah sangat lelaki skrg
Quote PULANGKAN 17-11-2025 06:21 PM
lah, apa susah. masing2 dah berusia, dah matang. sebelum kahwin pun dah ada agreement camni. setuju? proceed. tak setuju? move on, thank you for your time, have a nice day, assalamualaikum, peace yo, gituu

laki tu dah 50's, by the time anak sekolah rendah, he's 60. orang lain bapak muda, dia baya atuk-atuk. then anak masuk universiti, or kahwin, entah dia ada lagi ke idok waktu tu. nyawa panjang, mungkin dah berumur, wheelchair, or bedridden. else, dah goal lepas 3 malam Jumaat.
plus, dia dah anak pun dengan ex-wife. dah besar semuanya. dia pun risau anak baya cucu. atau cucu lagi besar dari anak dia. atau anak dia dapat adik tiri 30 tahun beza umo.
atau dia dah tak larat weii jaga baby umo 50 gini. baby cry when they poop and they poop when they cry, lepas tu laki dia penat sakit jantung, the end.
maybe his wife candidate, jadi peneman hidup ja di hujung usia.
tapi kalau dia just nak trophy wife, lain cerita la

but since this lady pula baru in her 40's, and target nak berkeluarga, better cari pasangan sama umur la. ramai duda dan bujang terlajak lain in their 40's yang serius nakkan zuriat ASAP. jumpa je, ngam, agree this and that, on? ON, nikah terus.
lepas tu beranak la korang tiap tahun macam popcorn, popopopop keluar gituu

akhir kata, setiap yang bernyawa diciptakan berpasangan. ada jantan dan betinanya, setiap orang ada jodohnya. insyaallah cari, akan jumpa.
dan ingat juga, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. begitu juga perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.

bab cari calon suami yang baik ni kan.. iols suggest, try cari sapa yang rajin solat subuh berjemaah kat surau/ masjid
Quote B40tastePosh 17-11-2025 06:24 PM
Anak belum tentu boleh jaga kita....contoh macam pakcik ni kesunyian dah nak berpasangan je. Sebab dia tahu anak anak adalah beban.
Quote B40tastePosh 17-11-2025 06:24 PM
PULANGKAN replied at 17-11-2025 06:21 PM
lah, apa susah. masing2 dah berusia, dah matang. sebelum kahwin pun dah ada agreement camni. setuju? ...


Yang solat berjemaah tu mungkin penagih dadah yang nak bersihkan nama dia di depan masyarakat

Bukan semua yang pergi jemaah tu betul, ada yang berlagak warak je.
Quote PULANGKAN 17-11-2025 06:34 PM
B40tastePosh replied at 17-11-2025 06:24 PM
Yang solat berjemaah tu mungkin penagih dadah yang nak bersihkan nama dia di depan masyarakat :fun ...

mungkin betul, mungkin tidak
takkan semua yang datang solat berjemaah subuh tu penagih dadah, kaki buat dosa besar, atau berlagak alim je ye dak. kalau camtu, semua yang datang surau/ masjid gitu ke perangai? of course la tidak kan. tak dinafikan ada yang perangai macam tu, tapi iols pun ada jumpa yang betul2 baik dan alim, dari muda sampai ke hujung usia
Quote cm_vungtau 17-11-2025 06:47 PM
Ok aje. Sebab kalau terpregnant after 40 kang ada kemungkinan down syndrome
Quote B40tastePosh 17-11-2025 06:53 PM
PULANGKAN replied at 17-11-2025 06:34 PM
mungkin betul, mungkin tidak
takkan semua yang datang solat berjemaah subuh tu penagih dadah, kaki ...

Cari yang rajin mengaji Al Quran yang rajin Taddabur.

Macam i ni
Quote ninja boy 17-11-2025 06:53 PM
Ketakutan bini muda beranak kena kerja sampai umur 80 ka
Quote PULANGKAN 17-11-2025 06:57 PM
B40tastePosh replied at 17-11-2025 06:53 PM
Cari yang rajin mengaji Al Quran yang rajin Taddabur.

Macam i ni

amboii chuols up market kat sini yach
Quote Samerosie 17-11-2025 07:13 PM
"Tanya dia balik. Beritahu, saya nak anak, yang tak nak anak tu awak. Kalau awak mati, siapa nak jaga saya? Awak ada anak, saya tak ada anak.


Amboi netizen yg ckp ni, kemain ye.  Makna kau beranak sbb nak anak tu tanggung kau la nanti ye?

Anyway, if this lady is even asking the question, then the guy is not for her la.  Kalau dia nak anak but lelaki x nak anak then cari lah yg nak anak.  At 40 beranak susah nok unless kau angelina jolie ke kate middleton.  Lelaki tu dah 50, nanti dia dah pencen kena tanggung anak uni lagi wtc etc.

Quote sharlenetexas 17-11-2025 07:44 PM
Edited by sharlenetexas at 17-11-2025 07:45 PM

Lelaki tu lah yg buat vasectomy.


Quote B40tastePosh 17-11-2025 07:48 PM
sharlenetexas replied at 17-11-2025 07:44 PM
Lelaki tu lah yg buat vasectomy.

Dia tak nak perempuan tu kahwin lain selepas dia mati.
Quote B40tastePosh 17-11-2025 07:59 PM
Edited by B40tastePosh at 17-11-2025 08:01 PM
PULANGKAN replied at 17-11-2025 06:57 PM
amboii chuols up market kat sini yach


I bagi tahu tips je... Kalau gi masjid tu jangan percaya sangat.... Cuba kalau dating suruh dia mengaji, lepastu suruh dia selak Taddabur, baca kan tafsir dan terjemahan etc.

Kalau pass maksudnya okey la.... Kalau dia mengaji merangkak tengok effort dia untuk ubah bacaan dia kepada fasih.

Tanggungjawab lelaki ni susah. So dia kena ready.

Macam aku ni join la kelas tajwid online hari Ahad. Lepasni kelas bahasa arabbmadinah online hari Rabu malam kena masukkan dalam jadual.

Lepas ni target nak join kelas Bahasa Arab Al Quran dan kemudian nak cari guru Talaqqi Bersanad.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.041368 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top