CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Heret, cekik dan hempas ke tanah, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) gesa tahan pendera beruk

14-11-2025 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 454| Komen: 10

 


PETALING JAYA – Heret seekor beruk kemudian hempas ke tanah dan tampar muka berkali-kali. Itu tindakan ganas seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang didapati mendera beruk peliharaannya sehingga tercungap-cungap akibat leher yang dijerat rantai.

Tindakan lelaki berkenaan yang tanpa rasa bersalah mencekik leher haiwan tersebut sebelum menampar muka dan kepala beruk berkenaan berkali-kali turut mencetus kemarahan orang ramai.

Difahamkan, lelaki berkenaan turut mengheret haiwan itu sebelum mengangkat dan menghempasnya ke tanah, manakala rakan-rakannya pula ketawa tanpa sedikit pun berusaha menghentikan tindakan ganas tersebut.

Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa tindakan segera diambil terhadap seorang lelaki tidak berperikemanusiaan membelasah seekor beruk peliharaan.

Katanya, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai kejadian dipercayai berlaku di Kelantan dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk penganiayaan serius terhadap hidupan liar.


“Dalam video itu, beruk berkenaan diikat menggunakan rantai, ditampar dan dihentak sehingga jelas menimbulkan kesakitan.

“Kami mendesak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara mengambil tindakan segera,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan, sekali gus mengingatkan bahawa perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Di bawah Seksyen 86 akta berkenaan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Safm menegaskan, akan terus memantau perkembangan kes tersebut dan berharap tindakan tegas dapat diambil segera bagi memastikan keadilan terhadap haiwan teraniaya itu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang mengecam tindakan kejam lelaki tersebut sekali gus memohon tindakan segera oleh pihak berkuasa.

“Tak sanggup nak tengok sampai habis. Mana ihsan terhadap haiwan?,” kata Shaliya Ahmad.

“Kalau tak boleh pelihara dengan baik, lepaskan beruk itu kepada habitat asalnya. Bukannya mendera,” komen @Zullblack45

“Ya Allah, tercungap-cungap beruk itu dengan leher kena jerat sekali. Semoga Allah beri balasan setimpal. Jangan sesekali aniaya haiwan!,” komen @St999rsya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 14-11-2025 04:17 PM
mana resit


Quote eragon 14-11-2025 04:24 PM
Nate beruk betul la, perlakukan haiwan macam tu. yang pelik2 je berita2 kejadian kat kelantan ni.
Quote pocongkiutss 14-11-2025 04:29 PM
Hukuman dia ..tlg la bg org lain buat balik exactly apa yg dia buat kt beruk tu kt dia pulak..plis
Quote zuuu 14-11-2025 04:56 PM
Moga inilah jugak yg ko akan rasa nanti bila waktu sakaratul maut nanti,aq dh malas nk maki hamun manusia perangai setan camni...
Quote renko 14-11-2025 05:09 PM
puak2 ni kata tu cara nak jinak kan beruk
babi betul macam xde akal
ptut dia tu jadi beruk
kurungkan dalam sangkar beruk2 nk mengawan tu
bia kena kenduri cukup2 dgn beruk
Quote B40tastePosh 16-11-2025 10:25 AM
Mana video tape?
Quote B40tastePosh 16-11-2025 10:26 AM
Bila Homo Erectus nak jadi dominan
Quote Samerosie 16-11-2025 10:42 AM
Beruk ni simpan dendam.  Harap2 dia kokak muka kau time tido.
Quote asfaz 16-11-2025 01:53 PM
Dah kena tangkap [tiktok]7572899083619257616[/tiktok]
Quote otai_g 16-11-2025 01:57 PM
Jap jap. Knp dia marah sgt dgn beruk tu? Mesti ada sebab. X kan dia nak bazirkan tenaga suka2 belasah haiwan tu.

Yg member tkr rekod dan upload tu la yg bodoh. Kalo buat rilek je cmfrm x de Kes

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.188923 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top