CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Masuk saja maghrib, saya terus auto lembik tapi Allah ada..’ - Makcik Kemboja

13-11-2025 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 956| Komen: 20

 


KUALA LUMPUR – Terlalu menonjol di sosial media dengan segala kemewahan, usahawan dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaakob atau dikenali sebagai Makcik Kemboja tidak bimbang andai ditakdirkan ‘jatuh terduduk’ seperti kebanyakan pengasas produk lain. 

Mariyah, 50, berkata, tiada apa yang perlu digusarkan sekiranya seseorang usahawan itu yakin dengan keberadaannya di gelanggang media sosial yang penuh pancaroba. 

“Kalau kita ikut jalan yang betul, takkan jadi benda itu (zaman kejatuhan). Sebab itu, bagaimana sekalipun kita berkongsi itu dan ini di media sosial, kita kena ‘behave’ (jaga perangai). 

“Bila kita nak naik, banyak mata yang ‘marah’. Macam saya sendiri, kita berada di landasan yang betul, insya-Allah. 

“Saya selalu berpegang pada tagline ‘you do the best, you akan dapat the best’. Jadi, menjawab soalan saya takut ke tak, saya tak pernah takut (jatuh),” katanya ketika ditemui Kosmo! Online semalam. 


Ditanya sama ada kejayaan dirinya bergelar usahawan berjaya membuatkan ramai orang sekeliling berasa dengki, jawabnya: “Ada je orang dengki tapi kita anggap sahaja mereka itu sebagai ‘hadiah’ daripada Allah SWT. 

“Sebagai seorang usahawan, kita memang tak boleh halang orang (daripada melihat) dan tak boleh kawal semua keadaan. Kita kawal je diri kita. 

“Bila orang melakukan melakukan provokasi ketika saya sedang bersiaran langsung (live) di TikTok, saya tenang dan rileks je. Saya secara peribadi, anggap orang yang berperangai begitu kurang kasih sayang.”

Mariyah turut mengakui dalam dunia perniagaan, dia pernah terkena penyakit ain, namun percaya kesembuhan itu milik Allah SWT.

“Dalam tempoh dua minggu ini, saya memang ada (terkena penyakit ain). 

“Kalau nak bekerja, saya macam mengantuk sangat. Masuk sahaja pukul 7 petang (menjelang maghrib), saya terus auto lembik. 

“Tapi, saya lawan tengah live istighfar tak henti (istighfar) sampailah bulu roma saya naik tegak. Dalam pada orang puji kita cantik, kita kena balas sahaja ‘masya-Allah’ sebab semua ini bukan milik kita tapi milik Allah,” ujarnya lagi. 

Mariyah yang turut dikenali sebagai Madam Mariyah ditanya tentang nasib sebilangan usahawan Melayu yang berdepan zaman kejatuhan disebabkan terlalu menonjol di media sosial. 

Terdahulu, tiga kenderaan mewah dan 727 barangan peribadi milik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida dibida seorang lelaki pada harga keseluruhan RM1 juta.

Turut mencari tumpuan, usahawan kosmetik Nur Sajat  dilaporkan berpindah ke Australia pada sekitar Oktober 2021 setelah melarikan diri dari Malaysia kerana waran tangkap terhadapnya.   

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 13-11-2025 02:45 PM
Umur baru 50 tp rupa macam sama tua mak alif syukri.
Quote shernazz 13-11-2025 02:54 PM
Sapa puji acik cantik?
Quote bottombikini 13-11-2025 06:58 PM
mcm lain je muka?
Quote B40tastePosh 13-11-2025 07:33 PM
Baru ko tahu wujud Sihir Ain.

Quote PULANGKAN 13-11-2025 08:08 PM
nyampah aku. lingkup je la terus
Quote Firenzza 13-11-2025 08:20 PM
Laaa ingatkan macit ni dh balik kg kt kemboja niaga kt sana sbb bangsa rajin, menjoyah jg kt tnh melayu mintak support bisnes rupanya
Quote MarryPottet 13-11-2025 09:16 PM
Dia baru cerai dgn suami dia kan
Kecoh jugak berebut harta & katanya kerna penyondol
Quote akies 13-11-2025 09:42 PM
Dh tutup kan kilang dia yang penuh pekerja bangla tu.
Quote slyfynx 13-11-2025 09:46 PM
Kau siapa nk org dengki kat kau?
Dah la rupa tua, x cantik lak tu
Quote kelapaparut 14-11-2025 03:48 PM
Kan kemboja terkenal dgn tok sami2 yg powerful leh counter back si penghantar sihir tu, xleh mintak tolong ke dgn org2 dia sendiri. Ntah2 dia sendiri pun ade ilmu, ye la bisnes leh naik cpat tu bukan saje2 kosong ye, mesti sheols ade pakai pelesit jugak
Quote supernaturalee 14-11-2025 04:24 PM
eh korang

kot iye hangin dgn die pun tak yah la smpi fitnah benda yg tak pasti

jgn selevelkan diri dgn die

it's just a matter of time je die ni
Quote pocongkiutss 14-11-2025 04:31 PM
"Sebab itu, bagaimana sekalipun kita berkongsi itu dan ini di media sosial, kita kena ‘behave’ (jaga perangai)."


Eh ko insomnia ke mokcik

Quote Samerosie 14-11-2025 04:40 PM
pocongkiutss replied at 14-11-2025 04:31 PM
"Sebab itu, bagaimana sekalipun kita berkongsi itu dan ini di media sosial, kita kena ‘behave’ (ja ...

Hehe amnesia kut.
Quote ahhhhhhhh 14-11-2025 05:36 PM
Org kata "Aku ni mulut je jahat tp hati x smpi"..  Kl mulut jahat hati pon jahat sebab mulut bercakap dari hati dan fikiran.. Cth sy Nak makan tanah tp hati ckp nk makan mee rebus.. Tak kan...
Quote Kitty_catz 14-11-2025 05:50 PM
ni ke acik yg kutuk2 org mesia pemalas ari tu ? cemaner still pemes??

naper acik2 ic biru ic merah masih suppork acik kemboja tak sedar diri ni???
Quote Tinot7 15-11-2025 11:15 AM
Rupa org kemboja mcm ni ka?
Quote bedahmenjuyah 15-11-2025 11:48 AM
Kompiden betul makcik ngaku cantik. Awat nampak tua sgt tak padan umur?
Quote miss_white 16-11-2025 04:46 PM
Edited by miss_white at 16-11-2025 09:50 AM

Tak berambus lagi blk kemboja celaka ni..semoga lepas ni turn ko pulak bankrupt melingkup..
Quote B40tastePosh 16-11-2025 05:06 PM
Tak cantik, nampak busuk.

Bau jigong.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053838 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top