CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Normal ke alat sulit warna gelap? Pasangan pengantin baharu jangan terkejut, ini perkara yang anda perlu tahu

13-11-2025 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 479| Komen: 0

 


RAMAI individu terutamanya yang baru berkahwin berasa kurang yakin kerana kawasan intim mereka berwarna gelap.

Situasi ini menimbulkan rasa malu dan bimbang untuk bersama pasangan, walaupun ia adalah perkara normal bagi kebanyakan orang.

Menurut pakar dermatologi di Manhattan, New York, Hadley King, warna gelap di sekitar alat sulit dipanggil sebagai hiperpigmentasi.

"Pada kebanyakan orang selepas akil baligh, kulit di kawasan alat sulit akan lebih gelap berbanding bahagian lain.

"Warna akan berbeza antara individu. Tiada warna ‘normal’ untuk kawasan ini, tetapi cenderung lebih gelap berbanding kawasan lain," ujarnya.

Keadaan kulip gelap biasanya berpunca daripada salah satu faktor berikut:

1. Hormon

Kulit anda mempunyai sel tertentu, dipanggil melanosit yang menghasilkan melanin. Di kawasan alat kelamin, melanosit ini amat sensitif terhadap hormon.


"Kawasan genital secara beransur-ansur menjadi lebih gelap sebagai tindak balas terhadap perubahan hormon daripada masa ke masa. Ia boleh berlaku semasa akil baligh, kehamilan, atau penuaan secara umum.

"Contohnya estrogen adalah salah satu hormon yang boleh menyebabkan peningkatan pigmen di kawasan tertentu seperti labia," jelas pakar perubatan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi, Tamika Cross.

 

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan kulit pada atau sekitar puting susu, areola, dan dubur menjadi lebih gelap.

2. Geseran dan keradangan

Peningkatan geseran boleh menyebabkan potensi melanosit menjadi terlalu aktif.

Dalam erti kata lain, geseran boleh membuat sel-sel ini menghasilkan lebih banyak melanin, menyebabkan pigmentasi.

Sebagai contoh, seks dan segala yang berkaitan dengannya meningkatkan geseran di kawasan itu dan boleh mengubah warna kulit.

Pencukuran dan penggunaan produk pembuangan bulu juga boleh menyebabkan penggelapan kulit atas sebab yang sama.

3. Penuaan

Pakar berkata penggelapan di kawasan alat kelamin juga biasanya datang seiring dengan penuaan.

Ini kerana kulit anda mengalami lebih banyak trauma berulang atau melalui perubahan hormon.

Hiperpigmentasi akibat perubahan hormon dan penuaan sukar untuk dielakkan, tetapi bagi kesan geseran, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil.

Antara cara untuk mengurangkan geseran ialah:

- Elakkan pakaian dan seluar dalam yang terlalu ketat.

- Pastikan kulit sentiasa lembap.

- Elakkan pembuangan bulu seperti waxing atau mencukur.

- Pakai pakaian yang menyerap peluh.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.200871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top