CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Chris Evans didakwa curang selepas kelahiran anak pertama

13-11-2025 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 829| Komen: 10



PELAKON Chris Evans menjadi tumpuan ramai selepas muncul khabar angin mendakwa dia berlaku curang terhadap isterinya, Alba Baptista.

Spekulasi tersebut timbul selepas individu terbabit dikatakan baru sahaja menyambut kelahiran anak pertama. 

Pada 24 Oktober lalu, Evans dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Alma Grace sekali gus menguatkan dakwaan itu. 

Malah sumber terdekat, Evans juga dikatakan beberapa kali dilihat bersama seorang wanita misteri.



Khabar angin itu mula tular selepas beberapa hantaran dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal November lalu. 


Akaun @celebritea.blinds menjadi perhatian selepas berkongsi dua hantaran yang dipercayai merujuk kepada pelakon filem Captain America itu.

Dalam hantaran pertama, disebut bahawa seorang pelakon gred A kelahiran Boston dilihat berada di sebuah bar popular yang dikawal ketat bagi menjaga privasi pelanggan.

Hantaran kedua pula mendakwa wanita sama dilihat beberapa kali bertemu dengan pelakon tersebut secara rahsia. 

Kedua-dua hantaran itu turut menyebut isteri pelakon berkenaan baru sahaja melahirkan anak membuatkan ramai pengguna media sosial beranggapan individu yang dimaksudkan ialah Chris Evans.

“Jiran-jiran mengatakan pelakon itu kelihatan keletihan. Isterinya yang lebih muda sedang menjaga bayi mereka di rumah. 

"Antara tekanan kerja dan kehidupan keluarga, dia nampak benar-benar terbeban,” dakwanya. 



Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Chris Evans mahupun Alba Baptista mengenai isu tersebut.

Untuk rekod, Chris dan Alba berkahwin pada 9 September 2023 dalam satu majlis tertutup di sebuah kediaman peribadi di Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat. 

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Alma Grace pada 24 Oktober lalu. 


Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 13-11-2025 11:23 AM
kalau betul, boikot pencurang. yih!
Quote adelea 13-11-2025 11:37 AM
Seriuslahhh chris ? I adore sgt u ni lepas kawen dgn alba …
Tapi mana tumpahnya kuah klu x ke nasi …
Quote orangbiasaje 13-11-2025 02:48 PM
Betul ke curang? Tah2 cuma keluar mkn dgn kwn biasa2 time tgh lapar. Org puteh mana ade ikhtilat bagai, kekdg diorg tu peck on the cheek la, goodbye hug la, lelaki keluar mkn berdua dgn kwn ppuan borak2. Lain la kalau  ada bukti diorg kissing lelama ke apa, jalan masuk hotel room ke.

(Cubaan utk bersangka baik)
Quote honey_jelly 13-11-2025 05:01 PM
ntah2 'wanita misteri' tu kakak dia ke, gosip je tuh..ishhh americans pun kepoh mak joyah jugak ke hahhahaa
Quote Jamalulail 19-12-2025 11:12 AM
lelaki sana boleh ke berkahwin lebih dari 1?
Quote alesandra 19-12-2025 04:07 PM
Idok le terkejut pun
Quote Page88 20-12-2025 01:41 AM
Not surprised at all.
Quote Page88 20-12-2025 01:42 AM
Jamalulail replied at 19-12-2025 11:12 AM
lelaki sana boleh ke berkahwin lebih dari 1?

No. Cannot. You must divorce your current wife to marry your new wife. Those are the rules.
Quote Jamalulail 21-12-2025 07:35 PM
Page88 replied at 20-12-2025 01:42 AM
No. Cannot. You must divorce your current wife to marry your new wife. Those are the rules.

Thank you for the enlightenment.
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:02 PM
Wife tu lawa...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.107000 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top