CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ahli kumpulan Katseye, Manon didakwa ambil dadah... Terpalit skandal seks

13-11-2025 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 596| Komen: 3

 


ANGGOTA kumpulan Katseye, Manon kini menjadi sasaran netizen selepas seorang individu didakwa mendedahkan perangai tidak senonohnya semasa menetap di Switzerland.

Dakwaan tersebut mula tersebar apabila seorang individu tidak dikenali mengirim satu hantaran yang mendakwa penyanyi kelahiran Switzerland itu mempunyai sikap tidak baik semasa tinggal di Zurich.

Hantaran tersebut dipercayai dibuat oleh kenalan terdekat Manon. 

 

Individu itu mendakwa Manon atau Meret Manon Bannerman, 21, mempunyai hubungan toksik dengan orang disekelilingnya selain tidak mesra dan suka manipulatif.


Tidak hanya itu, individu berkenaan turut mendakwa Manon terlibat dalam penggunaan bahan terlarang.

Malah dia juga mendakwa Manon mengkhianati rakan sendiri demi mengejar cinta lelaki selain menggunakan alasan kesihatan mental sekiranya kelakuannya ditegur.

"Dia bersama rakan-rakannya mengambil dadah. Dia pemalas dan menyerahkan segala-galanya kepada teman lelaki.

"Dia sanggup tidur bersama lelaki yang dia minat secara sengaja," tulisnya.

Individu berkenaan turut memuat naik beberapa foto Manon sebagai bukti terhadap segala dakwaan yang didedahkan. 

 

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen malah menyifatkan ia sebagai satu cubaan untuk menjatuhkan imej Manon.

Rata-rata peminat berharap Manon dapat membersihkan namanya dan tampil bersuara.  

Namun setakat ini, Manon mahupun syarikat agensinya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.


Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JahLupa 15-11-2025 10:26 AM
Sape ni yihhh
Quote borrow 15-11-2025 11:14 AM
Gnarrrlyyyy ...
Quote Page88 14-12-2025 09:42 PM
Not surprised.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.064046 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top