CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Berpeluh walau sejuk salah satu daripada 7 tanda sakit jantung - “Al-Fatihah untuk suami saya”

13-11-2025 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 436| Komen: 4


 


CUACA yang panas menjadi salah satu sebab seseorang itu berpeluh ketika tidur.

Namun dalam sesetengah kes, berpeluh sebenarnya menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung.

Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepas berkongsi cerita mengenai suaminya yang menunjukkan simptom sama sebelum akhirnya meninggal dunia.

"Suami saya tidur dalam aircond sampai sejuk beku. Kita ni tak tahan sejuk. Dia santai je sampai berpeluh walaupun dalam aircond. Kadang sampai lencun comforter.

"Rupanya tu petanda awal. Rupanya selama ni dia berpeluh waktu malam sebab sakit jantung tapi tiada tanda langsung. Kita ingat sebab panas saja.

"Kalaulah perasan awal dengan semua ni, mungkin dia masih ada dengan saya. Al-Fatihah untuk suami saya," tulis wanita itu.

Selain berpeluh pada waktu malam, berikut merupakan enam lagi tanda anda mungkin menghidap penyakit jantung.


1. Sakit dada

Menurut laman web Fakulti Sains Perubatan Universiti Pittsburgh, ini adalah simptom yang paling biasa dialami oleh lelaki dan wanita. 

 

Kesakitan biasanya bermula di tengah dada dan boleh berlarutan selama beberapa minit. Ia juga boleh muncul dan hilang, kemudian datang semula. Rasa sakit ini terasa seperti tekanan atau sesak. Ada juga yang menggambarkannya seperti ada gajah duduk di atas dada.

 2. Pening, kepala berpusing

Rasa pening boleh berlaku jika anda berdiri terlalu cepat atau belum makan atau minum. Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan darah rendah, yang menandakan jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya ke seluruh badan. 

 3. Loya atau muntah

Kadangkala, individu terutamanya wanita mengalami simptom seperti gangguan penghadaman sebelum serangan jantung.

 4. Sakit rahang, leher atau belakang

Walaupun sakit pada rahang, leher atau belakang jarang menunjukkan penyakit jantung, ia boleh menjadi tanda amaran jika tiada sebab lain seperti kecederaan otot atau sendi. 

 6. Keletihan melampau tanpa sebab jelas

Ini bukan sekadar rasa penat selepas seharian bekerja. Ia adalah rasa letih yang luar biasa hingga tidak mampu melakukan aktiviti harian biasa. Keletihan melampau boleh menjadi tanda bahawa jantung bekerja lebih kuat daripada sepatutnya untuk mengekalkan aliran darah, sekali gus mengurangkan keupayaan tubuh untuk melakukan aktiviti fizikal walaupun dalam tempoh singkat.



Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 19-11-2025 05:08 AM
iya.. cold sweat
diaphoresis
Quote AnizAbd 1-1-2026 04:26 PM
Innalillah hiwainna ilaihirojiun
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:27 PM
????????????????????
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:27 PM
????????????????????

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.134353 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top