|
Seorang peniaga buah-buahan potong iaitu Allahyarham Jihad Husin atau dikenali dengan panggil Pok Cik Colek Bismillah, sering tular di media sosial sebelum ini. Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh anak arwah iaitu Redzuan Jihad, ia memaparkan beberapa momen indah yang dirakamkan antaranya adalah ketika majlis konvokesyen dan semasa bertugas menjadi peguam. Redzuan turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapa yang sempat menyaksikan beberapa detik penting dalam hidupnya. Rindu yang tidak berpenghujung. Tugas ayah sudah pun selesai apabila saya habis belajar, bergelar seorang peguam, sempat tengok saya kahwin dan buka firma guaman sendiri.
Terima kasih atas segalanya ayah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian Redzuan dan mereka turut merindui sosok peniaga itu ketika mengunjungi ke gerai buah-buahannya. Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dan menyifatkan Pok Cik Colek Bismillah sebagai bapa yang hebat kerana dapat membesarkan anak sehingga berjaya menjadi seorang peguam. Sumber: TikTok Redzuan Jihad, Oh Bulan |