|
Personaliti media sosial dan peguam, Tun Laila meluahkan rasa sedih apabila terdapat segelintir warganet mengecam solekannya pada salah satu majlis resepsi perkahwinan yang diadakan baru-baru ini. Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Laila atau nama lengkapnya Tun Laila Tun Rafaee, 26, kecewa dengan komen yang ditinggalkan warganet sedangkan dirinya sangat berpuas hati dengan hasil sentuhan jurusolek professional, Fiqqi Abdullah. Dalam masa yang sama, rata-rata tetamu pada hari bahagianya itu turut memuji solekan yang dilihat sesuai dengan kejelitaannya. Saya nampak komen pada majlis sebelum ini. Ada yang kata make up saya tak naik seri dan buruk.
Sejujurnya saya rasa sangat sedih sebab yang make up adalah Fiqqi Abdullah dan saya sangat suka make up yang dia buat. Ada juga yang kata saya hari-hari make up jadi masa kahwin tak naik seri. Ada pula yang kata kalau saya make up memang tak cantik. Tapi semua orang yang tengok saya mereka kata make up saya cantik. Sementara itu, Tun Laila turut menjelaskan bahawa, video yang dihujani komen negatif tersebut disunting, sekaligus memberikan kesan kepada warna kulit serta solekannya. Video yang ramai kata make up saya buruk tu ia telah diedit dengan ‘contrast’ yang tinggi sampai kulit nampak ‘flawless’ dan kening kelihatan tebal. Muka saya pun jadi warna oren. Realitinya saya sangat suka make up itu. Untuk semua majlis memang saya minta untuk nampak ‘natural look’, tak ada bulu mata palsu, inai dan hiasan pada kuku. Untuk info, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal pada 8 November lalu. Pada majlis itu juga, Tun Laila menerima RM13,800 sebagai mas kahwin. Sumber : TikTok Tun Laila, Oh Bulan |
hungryhenry: Semua nak explain
nazriatie replied at 11-11-2025 11:52 PM
Gown putih sheol tak cantik. Tq. [em:12:]
ADVERTISEMENT