CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

[VIDEO] Apa amalan polis sampai pemandu X70, Myvi tidak nampak

7-11-2025 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1021| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Tindakan dua pemandu kereta yang membuat pusingan U di kawasan tidak sepatutnya walaupun ada kelibat polis trafik di situ membuatkan netizen geli hati.

Kejadian dipercayai di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @padinkopibatukawan, kelihatan sebuah Proton X50 dan Perodua Myvi masing-masing ditahan selepas bersusah payah membuat pusingan U di kawasan itu ditahan polis trafik.

Menurut video, Proton X50 dilihat membuat pusingan hingga mengganggu laluan kenderaan lain tanpa menyedari sebuah kereta polis trafik berada di belakangnya dan diberhentikan sejurus selesai membuat pusingan.

Dalam rakaman seterusnya kira-kira 10 minit kemudian, sebuah Perodua Myvi turut melakukan pusingan U di tempat yang sama dan menerima nasib serupa.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan kejadian itu.


“Ada hadiah rupanya kalau buat pusingan U di situ,” komen @defacto773

“Terbaik polis trafik Seberang Perai Selatan, tegas bagi teguran dekat pesalah lalu lintas,” kata Muhd Hafizzul.

“Apa lah amalan polis tu eh sampai pemandu Myvi tidak nampak,” kata Cik Hanie. 


Sumber: - KOSMO! ONLINE.

 

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 7-11-2025 06:00 PM
Bila dah common sgt buat sala kat tempat sama, mmg x nampak polis pon
Quote marchikobonzo 8-11-2025 12:32 PM
Dah biasa buat tu, tu yang langsung tak perati traffic
Quote supernaturalee 8-11-2025 01:58 PM
well.......not today yach


Quote shernazz 8-11-2025 03:43 PM
Elok polis ronda2 sokmo..
Kalau kat kl tu.
Kat federal hiway tu..haruuu....
Quote awanearisu 8-11-2025 04:35 PM
Luculah. Rupa-rupanya ada seorang polis menunggu di persimpangan.
Quote Purestteam1 8-11-2025 06:20 PM
jenis selfish... masa dia terpaling beharga
Quote nisako 10-11-2025 08:42 AM
hmmmmmm
Quote BoongaKertas 10-11-2025 11:41 AM
HAHAHA. puasnya hati! saman dia 500 bang. ko jgn bagi dia diskaun saman trafik.
Quote Tinot7 10-11-2025 12:11 PM
Wat malu maibi jahh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.039634 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top