|
LONDON: Cristiano Ronaldo mengakui dia sebenarnya sudah lupa berapa banyak kereta dimilikinya selepas menambah kereta bernilai £3.2 juta (RM17.51), Bugatti Tourbillon ke dalam koleksi bernilai £22 juta (RM120.41 juta) miliknya. Ikon bola sepak berusia 40 tahun itu yang baru-baru ini dinamakan sebagai billionaire sukan pertama, memberitahu Piers Morgan dalam temubual bahawa dia juga tidak mengetahui berapa banyak 'supercars; diletakkan di garaj miliknya di Arab Saudi. Dia tertawa: "Secara jujur saya tidak ingat. "Jika saya perku mengagak, saya katakan 40 atau 41. Saya sukakan Bugatti, mereka jentera hebat yang berbeza." Bugatti Tourbillon itu menjadi tambahan terbaharu sebagai satu daripada koleksi paling berharga miliknya. Ronaldo berkata dia membeli jentera bernilai £3.2 juta itu "sebagai pelaburan", dan dia tampak tidak perlu bimbang dengan duit bagi membeoi petrol.
Ia juga bermakna koleksi keretanya yang dianggarkan bernilai sekitar £19 jta tahun lalu kini melonjak kepada £22 juta. - AGENSI Sumber: – BH |

B40tastePosh replied at 12-11-2025 12:31 PM
Dah masuk Islam kan
kemaruk replied at 13-11-2025 07:46 AM
Ada satu tahap, penambahan aset/duit tidak lagi menggembirakan
B40tastePosh replied at 13-11-2025 07:51 AM
Tambahkan ilmu agama banyakkan baca Al Quran dan berzikir Astaghfirullah hal azim
kemaruk replied at 13-11-2025 08:06 AM
Hentikan berfantasi dan memfitnah