CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

"Saya pinjam duit masjid RM7.65, maaf…3 hari tak makan", - Pelajar kelaparan tinggalkan sebuah nota di masjid

6-11-2025 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3870| Komen: 113

 


PETALING JAYA – Sebuah nota tulisan tangan yang ditinggalkan di tabung sebuah masjid mendapati seorang pelajar mengaku ‘meminjam’ wang RM7.65 daripada tabung berkenaan kerana tidak makan selama tiga hari.

Nota berkenaan yang bermula dengan ucapan ‘Assalamualaikum semua’ menyentuh hati ramai selepas ia tular di media sosial, dan pelajar itu menjelaskan tindakannya bukan kerana mahu mencuri, tetapi semata-mata untuk mengisi perut yang kosong.

“Saya pinjam duit tabung masjid RM7.65. Maaf, saya dah tiga hari tak makan sebab saya tak ada duit,” katanya.

Pelajar itu turut memaklumkan bahawa dia akan menggantikan semula wang tersebut.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan ganti balik. Saya salah seorang pelajar kolej ni. Terima kasih. ‘May Allah bless all of u’. Doakan saya kuat,” ujarnya.

Hantaran mengenai kejadian itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya sebak serta bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan, malah ada yang menganggap tindakan itu sebagai bukti masih ada insan berpegang pada nilai amanah walaupun dalam kesempitan.


Selain itu, ramai turut menyeru pihak institusi pengajian tinggi (IPT) atau masjid terbabit membantu individu tersebut.

“Walaupun dia lapar dan terdesak, dia masih ada iman untuk tulis nota dan janji nak ganti balik. Moga Allah murahkan rezeki dia,” kata Abdul Kareem.

“Adik ini mungkin sangat terpaksa untuk isi perut yang berlapar. Moga pihak terlibat tampil bantu adik ini,” kata Nuraisyira.

Tidak kurang juga, terdapat pengguna media sosial mencadangkan agar pihak masjid menubuhkan tabung khas bagi membantu pelajar atau golongan memerlukan yang berada dalam situasi sama, agar tidak perlu mengambil langkah terdesak pada masa hadapan.

“Kalau ada satu tabung khas untuk mereka yang memerlukan ambil dan beli makanan, mungkin lebih baik. Tapi tetap perlu di kawal elak ada ambil kesempatan. Tapi memang ramai adik-adik, anak-anak di universiti ikat perut kerana tak cukup wang,” kata Fadillah Annur.

“Kadang-kadang kita lupa, ada anak muda yang belajar jauh dari keluarga, tiada duit dan malu nak meminta. Kisah ni sepatutnya buka mata semua pihak,” kata seorang lagi pengguna.  

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 6-11-2025 09:37 AM
siannyeeeeeeee
Quote mejaputih 6-11-2025 09:41 AM
Budak kolej mana ni? Siannya hrp ada food bank in future ..
Quote yenil95 6-11-2025 09:44 AM
Kesiannya..baya baya anak iol ni.

Moga terbuka hati ajk masjid tu buat foodbank.
Quote Pumpkinhead 6-11-2025 09:59 AM
kesiannya...moga adik ni dipermudahkan dan terus kuat!
Quote osheenz 6-11-2025 10:12 AM
ya Allah! kesiannya... kalau ada info, boleh ditolong...
Quote zafira 6-11-2025 11:06 AM
Ya Allah, kesiannya... semoga ada yang bantu budak-budak macam ni.. kat mana tu? share la kalu tahu...
Quote L.U.S.M 6-11-2025 11:20 AM
Sedih baca...tp kan aku xphm macam mana duit blh tak cukup sbb aku pun pki ptptn..makan bajet2 jela..xde dpt duit belanja pama pun..aku buat ptime jaga cc tp alhmdlh cukup je smpi akhir sem..xde duit aku xkeluar pun..aku susah nk brain mcm mana bdk skrg urus kewangan dorg...
Quote wadiunong 6-11-2025 11:33 AM
L.U.S.M replied at 6-11-2025 11:20 AM
Sedih baca...tp kan aku xphm macam mana duit blh tak cukup sbb aku pun pki ptptn..makan bajet2 jela. ...

iols tanya2 opismate iols yg ada anak2 study kt Uitm, monthly diorang bg kt anak2 diaorang around rm500-rm600 uols.

la ni serba serbi mahal. baik yg dok hostel maupon dok luar. dgn belanja makan, project final year semua nak duit
Quote Buritan 6-11-2025 11:36 AM
wadiunong replied at 6-11-2025 11:33 AM
iols tanya2 opismate iols yg ada anak2 study kt Uitm, monthly diorang bg kt anak2 diaorang around r ...

Mgkin dia dpt ptptn tak penuh kot.. cukup utk bayo yuran jah..
Aku dulu duit cukup tp bpk aku mintak scholar aku.. ujung ujung aku ikat perut
Quote wadiunong 6-11-2025 11:39 AM
Buritan replied at 6-11-2025 11:36 AM
Mgkin dia dpt ptptn tak penuh kot.. cukup utk bayo yuran jah..
Aku dulu duit cukup tp bpk aku mint ...



iols dulu masa study, dpt loan JPA. mmg x cukup. lps tolak yuran semua, balance dlm rm1200 utk survive 3-4 bulan. kakak iols yg top-up rm300 bulan2.
Quote akies 6-11-2025 11:41 AM
Kesian. Iols bersimpati dengan budak ini.
Hidup ni keras dik.
Sblm masuk ipta, cari la keje partime dulu.
Bila cuti sem je..cari keje sambilan.

Nak pula kalau kita dari keluarga susah.
Quote IzzahF 6-11-2025 11:43 AM
aduii teringat anak sendiri...siannya la nak oiii. uni mana ni? harap2 food bank kolej membantu dan cari alternatif lain utk cari makanan yg kenyang. ai tgk byk bg benda2 pelik mcm biskut2 manis2.....bg instant mee pun takpe la. atau try belikan anak2 ni nasi2 retort
Quote becir 6-11-2025 11:50 AM
L.U.S.M replied at 6-11-2025 11:20 AM
Sedih baca...tp kan aku xphm macam mana duit blh tak cukup sbb aku pun pki ptptn..makan bajet2 jela. ...

zaman i dulu parents suka mintak sikit (byk) duit loan anak..
Quote zafira 6-11-2025 12:00 PM
dah pernah lalui.. mujur ada stok maggi & serunding.. mak pula single parent kerja 7 hari seminggu.. monthly mak bagi RM100 aje.. mujur uitm bagi makan 3 kali sehari.. sedap ke tak makan ajelah sebab nak alas perut.. so bila benda2 mcm ni jadi mmg  cepat terkesan... huhu..
OT sat.. pernah jumpa sorang budak pandai kat asrama anak Jasin sana.. nenek jaga.. mmg kesian.. nak naik bas dari rumah di KL ke bus station di masjid wilayah xde duit.. sampai minta pinjam jiran.. in the end bas jalan without him.. sebab kesian punya pasal driver bas tunggu kt Teras Jernang...kita orang mmg follow bas dari belakang..  sejak itu, bila kita orang ke asrama anak, kita orang akan beli extra makan & bagi duit sikit untuk dia..dia one year junior dari anak.. skrg dah habis belajar gamaknya.. semoga jadi seorang yang berjaya dan turn dia pulak tolong orang yg tak bernasib baik mcm dia dulu.. Aamiin..
Quote airmineral 6-11-2025 12:06 PM
kalau kisah benar, iols bersimpati
didoakan semoga adik ni berjaya, dipermudahkan urusan
Quote talapia 6-11-2025 12:18 PM
dulu zaman awal2 lepas PKP.. banyak tempat ada food bank..
even kat masjid2 biasanya ada rak letak barangan asas for free..
maybe skrg dh kurang lepas banyak disalahguna...
kalau takat letak maggi di masjid.. or beras.. bahan2 asas yang murah2.. bole la adik ni amik maggi sepacket. takdela sampai 3 hari tak makan..
Quote mejaputih 6-11-2025 12:23 PM
Kdg tu nk cari keje part time pun xde masa..cth amik course yg berat2 contoh medic farmasi etc...pastu duduk nenyewa area yg hogh cost of living cth KL PJ ni...simpati iols kat anak2 org susah yg sedang menuntut ilmu...kalau iols boleh tlg iols nk tolong...
Quote TeropongThaico 6-11-2025 12:23 PM
Harap mana2 persatuan NGO yg dok bg makanan dkt gelandangan tu buka mata le sikit... Lg ramai anak muda yg kelaparan sewaktu menuntut ilmu yg lg layak dibantu
Quote TeropongThaico 6-11-2025 12:26 PM
Semoga anak ni & yg lain2 yg tgh berusaha nak capai kejayaan dipermudahkan segalanya... Teringat pula dkt anak aiol yg baya2 dia ni... Sayu lak hati

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.104870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top