CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik

6-11-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1390| Komen: 7

 


Pakar pembedahan bariatrik terkenal, Dr. Abdul Gafoor Mubarak tampil menjelaskan keadaan pesakitnya yang juga isteri kepada personaliti media sosial Prince Syed, selepas wanita itu dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Menurut Dr. Abdul Gafoor, Fatin Syazwani Ishak, 27, dimasukkan ke hospital bukan disebabkan komplikasi daripada pembedahan bariatrik yang dijalaninya tiga minggu lalu, sebaliknya kerana dehidrasi dan jangkitan kuman.

“Saya nak tekankan bahawa komplikasi yang dia alami tiada kena mengena dengan bariatrik.
Tiada kebocoran atau masalah pada tiub pembedahan.

“Keadaan ini tidak berkaitan langsung dengan prosedur tersebut,” katanya dalam satu penjelasan video yang dimuat naik di media sosial.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua pemeriksaan pra pembedahan dijalankan dengan sempurna dan pesakit berada dalam keadaan baik selepas prosedur tersebut.


Tambahnya lagi, isu yang tular sejak beberapa hari lalu lebih kepada masalah peribadi dan kekeluargaan, bukan berkaitan dengan aspek profesional atau perubatan.

“Perkara yang menjadi tular sebenarnya ialah isu keluarga dan isu peribadi, bukannya isu profesional yang melibatkan bidang perubatan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Dr. Abdul Gafoor menasihatkan pesakit bariatrik supaya sentiasa berhubung dengan pasukan rawatan selepas pembedahan (post-op) termasuk pentadbir dan pakar diet bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

“Saya sediakan perkhidmatan post-op bersama admin dan dietitian supaya pesakit boleh berhubung bila-bila masa jika ada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. Abdul Gafoor turut mengucapkan terima kasih kepada para pengikut dan pesakitnya yang tampil mempertahankan reputasinya di media sosial.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan komen positif. Jangan lupa, bila fikir nak kurus, ingat Dr. G,” katanya.

Dalam perkongsian Dr. Abdul Gafoor itu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, dilihat meninggalkan komen dengan menzahirkan penghargaan kepada pakar tersebut kerana berjaya menjalankan prosedur pembedahan ke atas isterinya dengan baik.

“Dr. G dah buat yang terbaik untuk urusan isteri saya. Isteri saya dehidrasi sahaja, dan keadaan dia sangat stabil dan terbaik sebab team (pasukan) Dr. G dan hospital memudahkan urusan,” kata Prince Syed.  


Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-11-2025 04:09 PM
hAti hitam lagi kudus mengatakan bahawa ini adalah konten sempudal sahaja
Quote bosPanda_12 7-11-2025 10:30 PM
isterinya menurut aje dgn si suami
Quote t_hahahaha 8-11-2025 05:30 PM
Dari private pastu ke gov ke? Hmm
Quote mizterpaling88 8-11-2025 08:01 PM
laki bini muka aneh
Quote awanysss 9-11-2025 01:53 AM
laahhh baru 27 ke..
kertu nya rupa.. laki bini nmpk tua..
Quote Purplehaz 9-11-2025 10:17 PM
Bini dia tu dulu buat implan dada ker ?, sbb   nmpk pelik terbsr x pdn dgn badan dia yg
Jaga lah kesihatan x yah ubah buat operate apa2, nasib x baik mcm2 sakit dtg.
Quote dekmieDandy 11-11-2025 11:51 AM
macam mana mata jadi kero tu yerk

tu macam dah tenat pulak nengoknye

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.155231 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top