Oleh : Dean BZ
Perasaan cinta yang mengasyikkan membuat kita lupa dan hanyut dari alam nyata sehingga menaruh harapan setinggi gunung untuk hidup bersama dengan kekasih hati. Namun, kita sering kali merungut dan menyalahkan nasib setiap kali ditinggalkan orang tersayang atau terpaksa berpisah. "Mengapa aku tak boleh terus hidup bahagia dengan si dia seperti orang lain? mengapa?" "Apalah nasib aku, dari dulu sampai sekarang, bila sayangkan seseorang mesti berakhir dengan kesedihan" Tetapi, tanpa kita sedari, Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Renung-renungkanlah, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita telah ditentukan mana baik dan mana buruknya. Hentikan merungut, banyakkan berdoa dan teruskan hidup setiap kali kita diuji dengan kesedihan. Hari ini kita kehilangannya, esok lusa mungkin kita akan temui jodoh yang jauh lebih baik dari si dia. Betul tak? cuba kongsikan pengalaman cinta anda, adakah benar anda temui kekasih hati lebih baik dari bekas kekasih anda yang sebelumnya? - CARI Infonet.
|
ipes2 replied at 29-1-2016 05:16 AM
Selepas pahit, ada manis nya.
Manakan kita hendak tahu apa yang manis jika tidak tahu apa itu pahit ...
redd_07 replied at 29-1-2016 03:37 PM
wow.........dokter hati rupanya
blackwidowbae replied at 28-1-2016 06:42 PM
Makcik tak percaya cintaaaaaa
Makcik tak percaya chintaaaaaa phuii
Pelindung replied at 1-2-2016 11:22 PM
hok aloh... jantan sial mana tipu makcik?
mayaBB replied at 28-1-2016 04:24 PM
Cinta yg paling perit sbnrnya bila kita tau bila masa kita perlu berhenti mencintai.. Bukan sb hati ...
ADVERTISEMENT