CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Individu bongkar perangai kaki ‘hiking’, bukan mahram bebas tidur kongsi khemah... Melenting apabila ditegur bersekedudukan!

5-11-2025 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5037| Komen: 105

 


AKTIVITI mendaki dan berkhemah kini menjadi antara trend gaya hidup sihat yang semakin digemari masyarakat khususnya golongan dewasa.

Namun di sebalik minat terhadap alam semula jadi itu, terdapat segelintir individu didapati tidak menjaga batas pergaulan. 

Seorang pengguna media sosial menegur tindakan beberapa individu yang bukan pasangan suami isteri tetapi berkongsi khemah ketika aktiviti itu.

"Bagi anda yang bukan suami isteri tapi apabila hiking, camping duduk satu khemah... jangan buat lagi. Elak walaupun katanya duduk satu khemah tapi bukan buat apa pun sekadar tidur je.

"Alasannya sebab tak nak bawa banyak barang. Kalau dah satu khemah tu macam-macam boleh jadi ye, faham-faham je la" kongsinya.

Individu itu mendakwa, lebih mengecewakan ialah golongan yang tidak menjaga batas pergaulan ini bukannya orang muda sebaliknya jauh lebih dewasa.


"Dah pangkat makcik, datuk nenek dah masing-masing. Mereka ni dah macam suami isteri apabila hiking.

“Orang lain mungkin tak tahu sebab nampak macam suami isteri. Tapi apabila tahu hal sebenar, rasa macam tanggung dosa pula," katanya.

Dia menegaskan, teguran itu bukan bertujuan untuk menunjuk alim, sebaliknya sebagai peringatan agar semua pihak berhati-hati dan menjaga batas pergaulan.

Warga maya yang membaca luahan tersebut mengakui tentang kebenaran perkongsian individu terbabit kerana mereka sendiri melihat perbuatan tersebut.

 

"Situasi ni saya pernah lihat. Selamba je anak perempuan dia bawa masuk kawan lelaki dalam khemah. Ayah dia dekat luar, saya tak berani tegur sebab dah macam samseng.

"Pernah tegur tapi mereka kata... sibuk betul ya dengan urusan orang, jaga tepi kain sendiri dah la. Mereka ni bini orang dengan suami orang," katanya.

Namun, ada juga netizen yang terkejut dan tidak pernah terfikir perkara sedemikian boleh berlaku.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 5-11-2025 09:49 AM
hiking tu dah bagus, tapi perangai manusia ni yang buat mcam tu, memang tak boleh nak cakap apa, tempat2 macam tu pun ko tak takut ke nyah, kang kena balasan pokok tumbang atas khemah ko baru ko tahu
Quote copy_paste 5-11-2025 09:56 AM
owhh tu antara pakej yg seronok ye masa hiking
Quote kemaruk 5-11-2025 10:14 AM
Hiburan b40
Quote chandrahusin 5-11-2025 10:24 AM
mana2 je aktiviti penyundelan
tapi berani ko dlm hutan tu
Quote Samerosie 5-11-2025 10:44 AM
Camne dia tau org2 tu tak kawin lagi?  Dia tanya direct ke camne?  Yg pakcik makcik tu mungkin anak2 bawa and related.  Tak terfikir lak pakcik makcik sesaja menyusahkan diri pergi camping.  Nak berak kencing pun susah.
Quote becir 5-11-2025 10:49 AM
soooo yg bikers ride ke thailand pun bawak skandal memasing
Quote PULANGKAN 5-11-2025 04:13 PM
tengah mampu dan sihat gitu la

esok lusa sakit, dah terlantar nazak bagai, persoalkan takdir

masa sihat dok berzina sana-sini
Quote lightheaded67 5-11-2025 04:21 PM
Edited by lightheaded67 at 5-11-2025 04:23 PM

cucuk jela wayar ke ape, yg salur kilat petir tu kat kemah dia
tp dia ni pon satu, kepo, kepo jgk
takyah la lepak deme dah
cri geng lain
ape susah
dok belek kemah org mende
Quote Decaffeinated 5-11-2025 05:05 PM
Orang yang nak bermaksiat tu akan buat with or without your approval. Dalam khemah, air terjun, hotel bajet banyak ja pilihan. Kamu tetap sakit hati hanya mampu berdoa mereka akan disambar petir.
Quote hyie 5-11-2025 07:08 PM
iols malas nak pegi camping hiking semua ni sebab nanti susah nak berak ala2 tak selesa gichew...cukupla gi camping masa F1 dulu haha
Quote sharlenetexas 5-11-2025 07:37 PM
Bersekedudukan close to nature.


Quote seibei 5-11-2025 07:42 PM
ni la slh satu dark side hiking agaknya..
kawan i pnh cter, masa dia hiking kat vietnam, skandal laki dgn bini org. berurut2. diorg tu sume dr msia.
Quote gekkou 5-11-2025 08:46 PM
yang kat opis
berambil berhantar laki org bini org pun ada
tak malu ke rakan2 sekerja tgk kelaku masing2
balik rumah peluk laki bini anak masing2
laki bini masing2 tau korg buat perangai macam ni?
yang kawan2 rapat pun kemain tak menegur
siap bagi alasan itu mak dengan anak
apoooo...masing2 bukan mahram
Quote Minami2013 5-11-2025 09:20 PM
afie_m replied at 5-11-2025 01:49 AM
hiking tu dah bagus, tapi perangai manusia ni yang buat mcam tu, memang tak boleh nak cakap apa, tem ...

Omaigad. Kawan meols ada meninggal sebab kena pokok tumbang masa camping. Tapi alhamdulillah sheols tgh solat waktu tu. Kematian yg husnul khatimah.
Quote menjad 5-11-2025 09:26 PM
Tak takut ker acik2 tu buat maksiat kat atas gunung kot dibelit ular tak memasal jadi headline
Quote begg 5-11-2025 09:50 PM
Dari zaman Multiply.com lagi aku dah tengok budak2 betina gatai burit pegi panjat gunung ni sume.  Low class kata P. Ramlee.
Quote Pumpkinhead 6-11-2025 10:36 AM
wow...dark side of hiking and camping
Quote TeropongThaico 6-11-2025 10:44 AM

Oooowh...
Quote rospinki 6-11-2025 10:49 AM
ish ish iols dah lama stop hiking tak kose nk jadi acah2 hikers menikmati alam. lagipun iols dah terlalu dekat dgn alam yg lagi satu pon

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.101253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top