CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

P. Diddy kini bekerja di dobi penjara

5-11-2025 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 632| Komen: 6

 


PENYANYI rap Sean Diddy Combs atau lebih mesra disapa P. Diddy kini menjalani kehidupan baharu di sebalik tirai besi apabila dia dilaporkan telah memulakan kerja pertamanya pencuci pakaian di penjara. 

Menurut sumber terdekat TMZ, Diddy yang kini ditempatkan di Federal Correctional Institution (FCI) Fort Dix, New Jersey, telah diberikan tugasan di bahagian dobi penjara, di mana dia bertanggungjawab mencuci dan mengeringkan pakaian kotor.

Tugasan kerja tangan ini dilihat sebagai satu kejutan besar buat Diddy, memandangkan semasa perbicaraan, pendakwa raya persekutuan mendakwa penyanyi berkenaan tidak pernah melakukan kerja-kerja asas, termasuk mengecas telefon bimbit atau mengambil sebotol air sendiri. 

Buat masa ini, Diddy dilihat sibuk menyesuaikan diri dengan tugasan baharunya termasuk mengasingkan pakaian jenis 'permanent press' daripada 'delicates' (bahan pakaian mudah rosak) di ruang dobi penjara. 


Walau bagaimanapun, ada yang berseloroh mengatakan, tidak banyak pakaian 'delicate' di penjara.

Difahamkan, Diddy telah dipindahkan ke FCI Fort Dix awal pagi Khamis lalu bagi memulakan proses pendaftaran di penjara berkenaan.

Penjara bersekuriti rendah itu dikatakan mempunyai keadaan lebih baik berbanding Metropolitan Detention Center (MDC) Brooklyn, tempat Diddy ditahan sejak September 2024 selepas ditangkap dan ditahan tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan kes jenayahnya.

Diddy kini sedang menjalani hukuman penjara selama 50 bulan, dan menurut Biro Penjara Amerika Syarikat dan dijangka dibebaskan pada 8 Mei 2028. 

Pun begitu, peguamnya Marc Agnifilo menyatakan keyakinan bahawa Diddy akan dibebaskan lebih awal daripada tarikh tersebut.

Pada 3 Oktober lalu,  Diddy dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) atas kesalahan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negeri untuk tujuan pelacuran.


Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 6-11-2025 10:24 AM
selamat bekerja Diddy! Walaupun tak setimpal...patut kena bagi hukuman lagi teruk. Penjara seumur hidup dengan 99 sebatan ke
Quote lasagna 7-11-2025 03:20 PM
lahhh smp 2028 jer ke? cissss betul laa tak setimpal.
Quote Page88 11-11-2025 03:27 AM
Okay ..
Quote KamikuP 13-11-2025 12:47 PM
Back to his negro roots.. picking cottons.. ekekek
Quote JahLupa 15-11-2025 10:23 AM
2028?lahhhh
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:17 PM
Baik mereput terus dalam penjara tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.176202 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top